Jangan biar episod pilu Christchurch berulang
Oleh V Ashok
SERANGAN pengganas di Christchurch mencetuskan segala rasa duka, mencipta pelbagai persoalan - bukan hanya dalam kalangan warga New Zealand, malah kepada majoriti komuniti antarabangsa.
Sehingga saat ini, kita tertanya-tanya kenapa insiden kejam seumpama itu harus berlaku, tambahan di tempat suci. Lebih memeranjatkan di sebuah bandar raya yang aman dan jauh daripada segala kekecohan.
Tetapi ada juga seorang manusia yang tidak bertanggungjawab memilih lokasi itu untuk menakutkan manusia lain yang tidak berdosa, kononnya mahu menegakkan kebenaran tetapi lupa perbuatan itu hanya merugikan semua.
Keganasannya itu menyaksikan 50 orang terkorban ketika menunai solat di masjid pada 15 Mac lalu - satu tarikh yang akan dikenang seluruh dunia sama seperti serangan di Paris, London dan Brussels, umpamanya yang pantas menukar senario politik, ekonomi dan sosio-budaya global.
Kumpulan pelampau kanan seperti ini pernah bertindak sama dalam pembunuhan beramai-ramai sebelum ini.
Seorang penyerang membunuh 77 orang di Norway pada 2011 dan ia dianggap sebahagian sejarah lama keganasan ekstremis daripada kumpulan ini.
Tindakan tak beri untung
Pengajaran kepada kita daripada insiden hitam di Christchurch amat besar. Sikap ghairah manusia membunuh manusia tidak memberi apa-apa keuntungan dan pemimpin dunia perlu memainkan peranan lebih besar. Ini bukan isu di New Zealand tapi detik sedih yang harus dikongsi semua sebagai ‘satu keluarga besar yang bersatu’.
Mungkin pemimpin seperti Presiden Donald Trump harus lebih bijak memilih kata-kata terbaik dalam isu seperti ini dan bukan hanya secara kerap mencetus gelombang benci dengan gelagat serta retorik yang menyentuh perasaan komuniti antarabangsa, termasuk pendatang.
Pemimpin Amerika Syarikat itu mungkin boleh belajar daripada Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern yang mencintakan keamanan dan sayangkan manusia tanpa mengira agama.
Dia tidak melihat warna kulit dan mempertahankan mangsa terkorban. Wanita itu membidas niat jahat penyerang kejam dan bersuara yang dia tidak akan menyebut lagi nama suspek terbabit.
Ardern menunjukkan kualiti kepemimpinan untuk semua warga negaranya. Tambah jelas, dia memakai selendang dan memimpin ribuan jemaah serta penduduk dari bandar raya itu ketika solat Jumaat lalu.
“Seluruh negara bersama mangsa serangan dan keluarga tercinta mereka. Mereka adalah kita. Kita semua bersatu dan tidak sokong pengganas,” katanya.
Apa pun, masalah pelampau kanan di New Zealand pernah dilaporkan memiliki sejarah yang sudah berakar umbi. Perhimpunan kulit putih sudah berlaku beberapa kali di Christchurch sebelum ini.
Bersatu halang keganasan
Seorang calon kumpulan itu yang bertanding untuk jawatan datuk bandar tiga kali, termasuk pada 2013 pernah melontar bom ketika berlangsungnua satu mesyuarat etnik Maori. Tetapi ia mungkin satu skala kecil berbanding serangan masjid yang menjadi perhatian dunia serta mendapat simpati masyarakat antarabangsa ketika ini.
Mesej di sini adalah, gabungan tenaga semua negara harus dimantapkan dengan membina tembok manusia menangkis serangan serta memusnahkan benih yang disemai pengganas di seluruh tempat untuk menambah populasi mereka bagi tujuan memenuhi nafsu dan selera mereka.
Namun, implikasinya memang besar. Perspektif umum tetap mencetus persoalan apakah tempat itu selamat untuk membuat kunjungan, khasnya pelancong asing. Ia sama seperti senario selepas serangan di Paris dan London.
Kita tidak tahu bila penyerang akan kembali membuat kejutan selepas Christchurch tetapi selagi kita semua bersatu, hajat dalang itu boleh dinafikan dan orang seperti Trump juga boleh membantu.
Setiap pengganas ada kepercayaan rasis masing-masing dan motif ini harus dihalang segera menerusi gandingan pemimpin dunia.
Mereka perlu kerap memberi mesej jelas kepada rakyat, termasuk aspek pendidikan peringkat sekolah untuk melihat semua kaum adalah sama, iaitu manusia yang mahu hidup aman dan berkongsi pandangan serta membina masa depan global, bukan kehancuran.
Penulis adalah Pengarang Berita, Luar Negara BH

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.