Ambil iktibar pencemaran Pasir Gudang
Pada 7 Mac lalu, negara digemparkan dengan bencana pencemaran kimia
yang belum pernah lagi dialami di Malaysia sehingga menyebabkan lebih
4,000 penduduk sekitar daerah Pasir Gudang terpaksa mendapatkan rawatan.
Semuanya berpunca daripada tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang sewenang-wenangnya membuang sisa kimia ke Sungai Kim Kim berhampiran Taman Pasir Putih, yang terletak tidak jauh daripada pusat bandar perindustrian di Johor itu.
Ditambah dengan arahan penutupan 111 sekolah, penduduk sekitar mula cemas dan pelbagai dakwaan serta tohmahan dilontarkan terutama terhadap agensi kerajaan yang bertanggungjawab menangani bencana berkenaan.
Penduduk mendakwa tidak mendapat maklumat tepat selain berada dalam keadaan samar, sama ada keadaan dan kualiti udara di Pasir Gudang benar-benar selamat atau sebaliknya. Keadaan itu menyebabkan ada di antara mereka membuat keputusan keluar dari kawasan berkenaan.
Berdasarkan situasi itu, jelas sekali penyaluran maklumat dan penjelasan terkini serta terperinci perlu dilakukan kerajaan, iaitu antara lain menerusi satu portal khas yang diwujudkan pihak berkaitan atau hanya mengguna pakai portal bencana sedia ada.
Mengambil contoh bencana banjir, orang ramai mudah mendapatkan maklumat jumlah terkini mangsa, keadaan paras air, pusat pemindahan yang dibuka dan sebagainya dengan hanya melayari laman portal diwujudkan. Sepatutnya, dalam kes pencemaran di Pasir Gudang, kaedah sama perlu diguna pakai.
Tambah baik SOP
Kerajaan negeri juga disaran melakukan ‘post-mortem’ pasca bencana Sungai Kim Kim bagi melihat semula pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) untuk ditambah baik bagi melancarkan lagi gerak kerja jika insiden itu berulang.
Jika diperhatikan di kebanyakan jajaran sungai di Pasir Gudang, tiada satu pun sungai utama di kawasan itu dinaik taraf dengan diletakkan asas konkrit sebagai tapak dasar sungai agar lebih memudahkan kerja pembersihan apabila berlaku sebarang pencemaran.
Sungai yang dasarnya hanya tanah juga menyebabkan pencemaran bertambah teruk apabila bahan kimia meresap ke dalam tanah, yang akhirnya tidak berkesudahan, malah merosakkan ekosistem lain.
Pihak berkuasa tempatan (PBT) di kawasan Pasir Gudang juga harus memainkan peranan penting terutama dalam aspek penguatkuasaan, termasuk mengetatkan syarat lesen terhadap kilang yang mengguna dan melupuskan sisa kima berbahaya.
Aduan yang disalurkan pengguna atau penduduk seharusnya diambil maklum dan tindakan bersepadu perlu dibuat, bukan sekadar pemantauan ‘kosong’ tanpa sebarang tindakan penguatkuasaan.
Usah perjudikan nyawa
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, baru-baru ini menyatakan, terdapat lebih 200 kilang di Pasir Gudang mengguna dan melupuskan bahan kimia berbahaya. Bayangkan jika pemantauan hanya dibuat ibarat ‘melepaskan batok di tangga’.
Jangan dilupa peristiwa tiga tangki minyak terbakar di Pelabuhan Johor pada April 2006 sehingga membuatkan ramai penduduk keluar dari Pasir Gudang, disusuli insiden kebakaran di Pelabuhan Tanjung Langsat dua tahun kemudian.
Walaupun tidak membabitkan pencemaran kimia, insiden seperti itu harus diambil iktibar. Kita tidak mahu apabila berlaku kematian, baru tindakan tegas akan diambil.
Nasib hampir 500,000 penduduk kawasan Pasir Gudang tidak harus ‘diperjudikan’ dan pelan keselamatan yang sesuai dan menyeluruh harus diwujudkan dan disebar luas kepada rakyat yang menetap berhampiran tapak perindustrian

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.