Sejak PRU yang lalu, naratif politik di Malaysia berada di sekitar
isu berkenaan kaum dan agama, terutama kedudukan Melayu dan Islam.
Daim
dalam ucapannya di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor
malam tadi membangkitkan perkara ini dan berkata tanggapan bahawa
kedudukan Melayu kini terancam tidak lebih sekadar retorik politik
mengarut.
Walaupun lebih berpendidikan dan dengan golongan
berpendidikan yang besar, kita masih tidak mampu meyakinkan diri kita
tiada apa yang perlu ditakutkan orang Melayu di negara ini.
"Adakah
orang Melayu berfikir secara strategik, logik dan kritikal? Saban hari
semkain jelas orang Melayu berfikir berdasarkan perasaan mereka dan
bukannya daya intelek. Kita perlu tanya diri sendiri - apa yang telah
berlaku pada kita?" soalnya.
Menurut Daim, orang Melayu membenarkan emosi menguasai mereka dan mempengaruhi persepsi mereka terhadap orang lain.
"Ketika (majalah) Mastika
berhenti menulis cerita hantu, edaran merosot dan kini Mastika tiada
lagi. Berbanding baca tentang hantu di Mastika, kini kita melihat hantu
di mana-mana.
"Berbanding menggunakan logik dan fakta, kita
memilih untuk percaya terhadap retorik perkauman ahli politik yang
reputasinya meragukan," katanya.
Daim
kemudian bertanya kepada hadirin - sebahagian besarnya ahli akademik -
tentang peranan mereka dalam memasukkan fakta dan logik ke dalam naratif
Malaysia.
"Adakah anda mahu dibawa arus emosi atau anda merasakan
menjadi tanggungjawab sendiri untuk mempersoal naratif tidak rasional
yang disuap kepada orang Melayu?
"Adakah anda yang berpendidikan
bercakap secara jujur dan berani tentang apa yang sedang berlaku, atau
hanya berpura-pura yang perkauman yang semakin meningkat ini sesuatu
yang absah?"
Melayu ada dua pilihan
Naratif
semasa yang berpusat sekitar kaum dan agama, kata Daim, memberi
tanggapan orang Melayu kini kian hampir untuk dipinggir di negara
sendiri.
"Ada kemarahan yang begitu kuat apabila orang bukan
Melayu dilantik memegang jawatan tinggi dalam kerajaan, seolah-olah ia
baru berlaku sekarang.
"Kenapa tiada kemarahan sama ketika kita
berdepan dengan fakta rasuah dan kleptokrasi tahap tinggi di kalangan
pemimpin Melayu kita? Kita tidak tersinggung apabila ia jadi tajuk
berita seluruh dunia.
"Sebaliknya kita kata 'Malu apa'. Kalau tak malu, apa jadi kepada iman kita?
Bagi
Daim, orang Melayu kini ada dua pilihan, sama ada meneruskan naratif
emosi dan tidak rasional sehingga membakar diri sendiri atau berhenti
sejenak, berfikir dan menyeru ke arah perubahan.
"Tiada siapa yang
paksa kita menjadi emosi dan tidak rasional. Kita memilih untuk jadi
begitu kerana kita benarkan diri dipengaruhi ahli politik yang
matlamatnya hanya untuk kembali berkuasa, walau apa pun harganya.
"Dan selalunya kitalah yang menanggung harganya," katanya lagi.
Beliau turut menyentuh reaksi sebilangan orang Melayu berkenaan isu penghinaan terhadap Islam yang timbul mutakhir ini.
"Agama
tak boleh dihina. Hanya manusia (boleh rasa terhina). Jika keimanan
kita kuat, kita tidak akan rasa terhina, malah kita akan mengetawakan
kejahilan (mereka yang menghina).
"Memang salah untuk menghina
sesiapa saja, apatah lagi Nabi Muhammad. Menghina agama adalah tindakan
bodoh, tetapi kita ada undang-undang dan perlu hormat prosesnya,"
katanya lagi.
'Melayu mahu terus dikuasai emosi atau guna logik?
Reviewed by editorreformis
on
Mac 20, 2019
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
DAP yang mengadakan mesyuarat tergempar malam tadi mengakui bahawa ketika ini wujud krisis keyakinan serius terhadap parti itu serta PH berd...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.