https://critoxium.com/shop/

Terkini

BN belum putuskan sertai PRK Sandakan

SEREMBAN: Barisan Nasional (BN) akan mengadakan perbincangan dalam tempoh terdekat bagi membincangkan isu meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan yang akan diadakan 11 Mei ini.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata mesyuarat akan dibuat segera berikutan penamaan calon ditetapkan pada 27 April ini.

“Kita akan cuba berbincang secepat mungkin kerana selama ini kita diwakili parti komponen di sana iaitu LDP (Parti Liberal Demokratik), tetapi parti itu sudah tiada dalam BN.

“Jadi kita akan teliti terlebih dahulu untuk meletakkan calon atau tidak dalam PRK itu,” katanya kepada pemberita selepas bertemu orang ramai di Pasar Pekan Rantau di sini, hari ini.

PRK Parlimen Sandakan diadakan selepas kematian penyandangnya, Datuk Stephen Wong Tien Fatt akibat serangan jantung pada 28 Mac lalu.

Baru-baru ini, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin memaklumkan UMNO tidak akan meletakkan calon tetapi bersedia membantu calon dari pembangkang termasuk PAS yang berhasrat bertanding.

Bagaimanapun, setakat ini Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata parti itu belum ada hasrat meletakkan calon mereka dan akan berbincang dengan UMNO.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.