Duta China: ‘Kami dah cari Jho Low, tapi tiada petunjuk’
KUALA LUMPUR, 18 April — Pihak berkuasa China bersedia memulakan
pencarian bagi mengesan ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low yang
kini menjadi buruan, sekiranya menerima maklumat baharu mengenainya,
kata Duta China ke Malaysia Bai Tian.
Beliau
berkata beberapa usaha mencari atas permintaan Malaysia selepas
kerajaan baharu mengambil alih pemerintahan, menemui jalan buntu.
“Saya tidak tahu sama ada Jho Low berada di China. Polis China telah memberikan tumpuan penuh terhadap permintaan itu.
“Berdasarkan
maklumat diberikan pihak Malaysia ... (kami) telah menjalankan
pencarian yang teliti dan terperinci, tetapi maaf kerana tiada sebarang
petunjuk baharu ditemui setakat ini,” katanya kepada media Malaysia di
Kedutaan China di sini Khamis.
Beliau berkata pihak China telah memaklumkan perkara itu kepada polis Malaysia.
Bai Tian berkata China dan Malaysia, termasuk pihak berkuasa undang-undang, bekerjasama rapat dan mempunyai hubungan yang baik.
Jho Low, yang dikenalpasti oleh penyiasat dari Malaysia dan Amerika Syarikat sebagai suspek utama dalam skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) bernilai bilion ringgit, dipercayai berjaya meloloskan diri daripada ditahan di Hong Kong dan lari ke sebuah pulau berhampiran Macau.—Bernama
“Saya tidak tahu sama ada Jho Low berada di China. Polis China telah memberikan tumpuan penuh terhadap permintaan itu.
Beliau berkata pihak China telah memaklumkan perkara itu kepada polis Malaysia.
Bai Tian berkata China dan Malaysia, termasuk pihak berkuasa undang-undang, bekerjasama rapat dan mempunyai hubungan yang baik.
Jho Low, yang dikenalpasti oleh penyiasat dari Malaysia dan Amerika Syarikat sebagai suspek utama dalam skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) bernilai bilion ringgit, dipercayai berjaya meloloskan diri daripada ditahan di Hong Kong dan lari ke sebuah pulau berhampiran Macau.—Bernama
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.