https://critoxium.com/shop/

Terkini

Ezam tubuh lagi parti politik

KUALA LUMPUR, 30 Apr — Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor yang merupakan bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bakal menubuhkan sebuah parti politik dalam tempoh terdekat.

Ezam berkata, keputusan dibuat selepas menerima banyak saranan daripada pelbagai pihak agar kembali aktif dalam arena politik.

“Nama parti (nama baru bukan Parti Bebas Rasuah) dan ahli jawatankuasa penaja akan diumum sebaik rakan-rakan perjuangan saya menyerahkan secara rasmi permohonan baru yang lengkap kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) dalam beberapa hari lagi,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Ezam setakat ini menyatakan tidak bercadang menyertai mana-mana koalisi, namun menyokong penuh usaha Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melawan rasuah.

Parti baru itu juga nanti katanya, tidak akan terikat dengan percaturan kuasa tetapi menumpukan perhatian kepada isu rasuah dan kecurian khazanah negara.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.