https://critoxium.com/shop/

Terkini

Kuota 40,000 pelajar matrikulasi jejas lepasan STPM?

KUALA LUMPUR, 30 April — Keputusan kerajaan menawarkan lebih 40,000 ribu tempat bagi pelajar matrikulasi menimbulkan persoalan mengenai nasib lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

Ini kerana rekod menunjukkan hanya 45,000 tempat ditawarkan universiti awam bagi kursus pengajian sarjana muda sejak dua tahun lalu.

Justeru, adakah hanya baki 5,000 tempat sahaja ditawarkan kepada lepasan STPM?

Rekod Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) mendedahkan siswazah STPM lebih ditawarkan tempat berbanding pelajar matrikulasi dalam tempoh dua tahun akademik lalu.

Manakala, kurang daripada 10 peratus tempat di universiti awam ditawarkan kepada pelajar asasi dari institusi swasta.
“Untuk makluman anda, untuk sesi akademik 2017/2018, sebanyak 42,404 pelajar STPM / matrikulasi / asasi telah ditawarkan tempat di institusi pengajian tinggi awam.

“Pecahannya adalah 20,133 (47.5 peratus) untuk siswazah STPM dan 18,288 (43.1 peratus) siswazah matrikulasi,” kata Pengarah UPU Mazula Sabudin kepada Malay Mail.

Sekitar 9.3 peratus, atau 3,983 pelajar asasi menerima tawaran daripada universiti awam untuk tahun akademik itu.

“Bagi sesi akademik 2018/2019, 48,759 pelajar STPM / matrikulasi / asasi telah ditawarkan tempat di institusi pengajian tinggi awam. Pecahannya adalah 24,375 (50 peratus) graduan STPM dan 20,269 (41.6 peratus) graduan matrikulasi.”

Sekitar 8.4 peratus, atau 4,115 pelajar asasi menerima tawaran dari universiti awam pada tahun itu.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.