GABUNGAN Parti Sarawak (GPS) akan dapat apa yang ia mahu iaitu frasa
khusus mengenai Sabah dan Sarawak dimasukkan dalam pindaan ke atas
Artikel 1(2) Perlembagaan Persekutuan, sekiranya parti itu menyokong
rang undang-undang (RUU) pindaan yang dikemukakan oleh kerajaan,
baru-baru ini.
GPS meminta frasa khusus itu menyatakan Sabah dan Sarawak sebagai “negeri-negeri Borneo”.
Namun GPS menarik balik sokongannya dan memilih untuk berkecuali
semasa pengundian RUU, walaupun Putrajaya sudah bersetuju atas
permintaannya itu.
Sehari sebelum RUU pindaan itu dibentang untuk bacaan kedua pada 9
April lalu, Ketua Whip GPS Fadillah Yusof yang juga ahli Parlimen
Petrajaya mengirim sepucuk surat kepada Speaker Dewan Rakyat Mohamad
Ariff Mohd Yusof mencadangkan pindaan kepada usul pindaan asal.
Dalam surat bertarikh 8 April yang dilihat oleh The Malaysian
Insight, GPS mencadangkan supaya pindaan Artikel 1(2) diubah dengan
memasukkan fasal “negeri-negeri Borneo” bagi merujuk pada Sabah dan
Sarawak. Beliau memohon pindaan itu dikemukakan pada peringkat
jawatankuasa RUU.
Peringkat jawatankuasa ialah persidangan Dewan Rakyat yang
berlangsung selepas pengundian meluluskan pindaan RUU pada bacaan kedua.
RUU itu bagaimanapun tidak diluluskan selepas Pakatan Harapan (PH)
gagal mendapat majoriti dua pertiga yang diperlukan atau sokongan 148
ahli Parlimen bagi meminda Perlembagaan Persekutuan.
Hanya 138 ahli Parlimen mengundi menyokong sementara 59 ahli Parlimen
Barisan Nasional (BN), PAS dan GPS berkecuali. Tidak ada ahli Parlimen
yang menentang.
Persetujuan Putrajaya terhadap permintaan GPS dinyatakan oleh Perdana
Menteri Dr Mahathir Mohamad semasa membentang RUU pindaan Perlembagaan
Persekutuan di Dewan Rakyat pada 9 April lalu.
Perdana menteri berkata Putrajaya akan memasukkan frasa “negeri-negeri Borneo” sebagai pindaan semasa peringkat jawatankuasa.
“Cadangan yang akan dicadangkan dalam jawatankuasa ialah agar
peruntukan semasa dikembalikan kepada peruntukan asal pada tahun 1963
tanpa sebarang ubahsuaian dengan mengambil kira bahawa Singapura telah
meninggalkan Persekutuan Malaysia pada 1965,” kata Dr Mahathir, seperti
dicatatkan dalam Hansard Parlimen.
Dengan cadangan pindaan itu, Perkara 1(2) yang baharu akan berbunyi:
(2) Negeri-Negeri Persekutuan terdiri daripada
negeri-negeri Tanah Melayu iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka,
Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan
Terengganu dan
negeri-negeri Borneo iaitu Sabah dan Sarawak.
Surat Fadillah kepada Yang Di-Pertua Dewan Rakyat juga mencadangkan
frasa yang sama, dengan tambahan penjelasan berbunyi “menurut Perjanjian
Malaysia 1963”. Surat
GPS yang mencadangkan supaya pindaan Artikel 1(2) diubah dengan
memasukkan fasal 'negeri-negeri Borneo' bagi merujuk pada Sabah dan
Sarawak. – Gambar fail The Malaysian Insight, 17 April, 2019.
Seorang sumber memberitahu surat GPS kepada Ariff dihantar pada hari
sama kerajaan memberikan taklimat kepada ahli-ahli Parlimen mengenai
pindaan peruntukan Perlembagaan Persekutuan tersebut.
Taklimat itu terbuka jemputannya kepada ahli-ahli Parlimen pembangkang dan beberapa mereka hadir.
“Antara yang hadir ialah Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Mokhtar Radin (BN) dan Jeffrey Kitingan (Star-Keningau),” kata sumber.
“Dalam taklimat itu, beberapa ahli Parlimen Sabah dan Sarawak
mencadangkan fasal pindaan itu diubah mengikut yang asal pada 1963.”
Walaupun kerajaan sudah bersetuju, GPS berkecuali semasa mengundi, kata sumber.
Menurut sumber, Putrajaya menjangkakan GPS akan menyokong pindaan
tersebut kerana kerajaan sudah setuju memasukkan fasal seperti yang
dimintanya.
“Kita masih tidak tahu apa sebab mereka tidak sokong pindaan itu,” tambah sumber.
Selain setuju meminda fasal seperti diminta, kerajaan juga setuju
atas satu lagi permintaan iaitu menubuhkan jawatankuasa pilihan untuk
mengembalikan hak-hak Sabah dan Sarawak, kata sumber.
Hal ini juga disebut Dr Mahathir semasa menggulung perbahasan pada 9 April.
Katanya, seperti dicatatkan dalam Hansard, kerajaan akan memberi
ruang kepada jawatankuasa pilihan, yang akan turut dianggotai ahli-ahli
Parlimen dari Sabah dan Sarawak, untuk menyemak pelaksanaan Perjanjian
Malaysia 1963.
“Kerajaan sedar tiada ahli Parlimen yang menganggotai Jawatankuasa
Khas Kabinet untuk menyemak pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 dan ini
boleh memberikan peluang kepada Ahli Jawatankuasa Khas Parlimen untuk
mengemukakan laporan kepada Jawatankuasa Khas Kabinet untuk menyemak
pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963.
“Dalam konteks ini, pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen akan
dijemput untuk menjadi salah seorang ahli dalam Jawatankuasa Khas
Kabinet tersebut. Keahlian Jawatankuasa Khas Parlimen ini akan
melibatkan ahli Parlimen daripada pelbagai komposisi parti dalam
Parlimen,” kata perdana menteri.
Ini adalah usaha pertama kerajaan meminda Perlembagaan sejak mengambil alih pentadbiran Putrajaya hampir setahun lalu
GPS tarik 'handbrake', tidak jadi sokong pinda Perlembagaan
Reviewed by editorreformis
on
April 17, 2019
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
DAP yang mengadakan mesyuarat tergempar malam tadi mengakui bahawa ketika ini wujud krisis keyakinan serius terhadap parti itu serta PH berd...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.