Upaca pelancaran dan penamaan kapal oleh wanita - biasanya orang
kenamaan - adalah perkara biasa, kata Tentera Laut Diraja Malaysia
(TLDM).
TLDM merujuk pelancaran kapal misi pesisir (littoral mission ship, LMS) yang pertama bagi angkatan itu di Wuhan, China semalam.
Dinamakan KD Keris, ia dilancarkan isteri menteri pertahanan, Normah Alwi.
"Upacara pelancaran dan penamaan kapal TLDM oleh wanita yang dilaksanakan selama ini adalah upacara tradisi sejak Royal Navy ditubuhkan, namun telah disesuaikan dengan syariat Islam dan adat ketimuran Malaysia.
"Lady sponsor
atau wanita yang terpilih terdiri di kalangan isteri kenamaan seperti
isteri perdana menteri, menteri pertahanan dan kerabat diraja atau
sultan," kata TLDM dalam kenyataan hari ini.
TLDM
turut memberi beberapa contoh, antaranya KD Kedah yang dinamakan oleh
Tunku Temenggong Kedah, Tunku Puteri Intan Safinaz pada 2003 dan KD
Tunku Abdul Rahman oleh Rosmah Mansor pada 2007, isteri bekas perdana
menteri Najib Razak.
TLDM berkata, bagi kapal dinamakan sempena
negeri, isteri atau wanita yang berkaitan dengan negeri akan dipilih dan
bagi kapal sempena nama pahlawan, wanita kepada waris nama tersebut
atau wanita kenamaan dari negeri pahlawan yang dipilih.
"Bagi kapal selain daripada nama negeri dan pahlawan, isteri kenamaan negara dipilih.
"Justeru
upacara pelancaran dan penamaan kapal LMS pertama TLDM yang
disempurnakan isteri menteri pertahanan, Normah Ali, semalam adalah
tradisi yang diamalkan selama ini oleh TLDM, dan gelaran lady sponsor
kepada beliau adalah perkara yang biasa dilaksanakan," kata TLDM.
Dalam kenyataan itu, TLDM turut melampirkan senarai kapal dan tokoh yang telah melancarkannya, bermula 1964 hingga 2017.
TLDM: Wanita, isteri kenamaan lancar kapal amalan tradisi
Reviewed by editorreformis
on
April 17, 2019
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
DAP yang mengadakan mesyuarat tergempar malam tadi mengakui bahawa ketika ini wujud krisis keyakinan serius terhadap parti itu serta PH berd...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.