Presiden PAS Abdul Hadi Awang pada awalnya memang tidak tahu menahu
berkaitan bayaran penyelesaian saman RM1.4 juta dengan Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown, kata sumber.
Semua
urusan, dari awal perbincangan hanya dijalankan oleh lima individu
berpengaruh dalam PAS yang menggunakan Rameli Musa sebagai orang tengah,
menurut sumber yang rapat dengan tokoh korporat itu.
“Lepas selesai semua, baru Tok Guru (Hadi) tahu, lepas jumpa Rameli.
“Dia terkejut,” kata sumber kepada Malaysiakini dalam pertemuan di Petaling Jaya baru-baru ini.
Seperti
Hadi, jawatankuasa pusat PAS juga didakwa tidak dimaklumkan berkaitan
penyelesaian kes itu dan tidak pelik jika ramai pemimpin parti itu
menafikan bulat-bulat pendedahan Sarawak Report.
Tiga daripada
'kumpulan lima' itu ialah Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan,
Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Peguam PAS Wan
Rohimi Wan Daud.
Rameli Musa dalam pertemuan 19 Jan di rumah tokoh korporat itu di Kota Damansara
Ahmad Samsuri atau lebih dikenali sebagai Dr Sam bertugas
sebagai setiausaha politik Hadi sebelum dilantik sebagai menteri besar
selepas pilihan raya umum Mei lalu.
Dua lagi nama, iaitu
seorang ahli perniagaan dan seorang individu yang dekat dengan Hadi,
tidak akan didedahkan buat masa ini sementara menunggu reaksi mereka.
Bincang umum saja, kata Takiyuddin
Menjawab soalan Malaysiakini,
Takiyuddin mengaku ada bertemu Rameli tetapi menurutnya mereka hanya
berbincang secara umum sahaja dan beliau tidak tahu menahu berkaitan
bayaran penyelesaian saman itu.
Wan
Rohimi pula berkata beliau tidak terlibat manakala setiausaha akhbar
Ahmad Samsuri, Adram Musa pula memberitahu portal ini menteri besar
biasanya tidak akan memberikan respon kepada berita “bersifat
spekulatif”.
Hadi pada 7 Mac lalu menegaskan beliau
atau PAS tidak membuat sebarang bayaran kepada Rewcastle-Brown dan
menyifatkan dakwaan itu sebagai agenda untuk menjatuhkan partinya.
Ini bertentangan dengan laporan Sarawak Report enam hari sebelum itu yang mengesahkan bayaran dibuat.
Laman
pembocor maklumat itu malah mendedahkan dokumen penyelesaian dan
salinan cek yang diserahkan melalui peguam di Kuala Lumpur.
Sumber
itu mendedahkan perkara itu selepas mendakwa pihaknya kecewa selepas
PAS dilihat menjarakkan diri daripada Rameli selepas namanya sebagai
pembuat bayaran bocor kepada pihak awam.
Rameli juga menjadi
mangsa spekulasi yang mengatakan kononnya beliau berpakat dengan
Presiden PKR Anwar Ibrahim dengan membuat bayaran itu, kemudian
membocorkannya untuk menganiaya PAS.
Rameli sendiri setakat ini masih berdiam diri.
Cuma isterinya Norlella Md Akram Pada 6 Mac lalu meluahkan kekecewaan di Facebook.
Bagaimanapun,
beliau yang juga seorang peguam, meminta media menarik balik laporan
yang memetiknya atas alasan berstatus peribadi dan bukan untuk tatapan
awam.
Lima kali pertemuan
Malaysiakini difahamkan terdapat lima kali pertemuan antara kumpulan lima itu dengan Rameli.
Semuanya berlangsung di Kota Damansara, Selangor, termasuk tiga kali di rumah Rameli.
Ia
dikatakan berlangsung pada 15 Oktober, 20 Disember, 13 Januari, 18
Januari dan kali terakhir pada 2 Februari – sehari selepas penyelesaian
dicapai antara Hadi dan Rewcastle-Brown.
Bagaimanapun, dalam
kesemua pertemuan itu, tidak semua 'wakil-wakil PAS' itu hadir.
Takiyuddin misalnya dikatakan hanya hadir dalam pertemuan pertama.
Ditanya perincian rundingan dengan Sarawak Report, sumber berkata Rameli telah berunding dengan Rewcastle-Brown di Hotel Marriott, London.
“PAS hanya setuju bayar 150,000 pound sterling tetapi Clare minta 460,000 pound sterling.
“Bincang bincang akhirnya dapatlah angka ini (GB£260,000 atau RM1.4 juta pada masa itu),” katanya.
Rameli, kata sumber, ialah tokoh korporat yang rapat dengan PAS dan banyak “berinfak” untuk parti itu.
Sumber
menegaskan wang RM1.4 juta itu sebenarnya cuma dipinjamkan dan
sepatutnya dibayar semula dua hari selepas diserahkan kepada
Rewcastle-Brown.
“Tetapi sampai hari ini status bayaran balik tidak diketahui,” katanya.
'Rameli kecewa, maklumat bocor pada RPK'
Sementara
itu, satu lagi sumber yang baru bertemu Rameli baru-baru ini berkata
pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) KTMB itu sekarang sangat
kecewa dengan apa yang berlaku.
“Sekarang nampak macam dia tidak baik, khianat dan jahat,” katanya lagi.
Raja Petra Kamaruddin
Menurut sumber itu, Rameli juga tidak puas hati terhadap serangan penulis blog Raja Petra Kamaruddin (RPK).
Sosok kontroversi yang membuang diri ke luar negara itu, katanya, tahu apa yang berlaku “fresh from oven” (sangat cepat) kerana salah seorang daripada kumpulan lima itu dekat dengannya.
Menghuraikan
hubungan Rameli dengan Anwar dan PAS, RPK antaranya menyerang Rameli
sebagai "berjudi dengan semua kuda" bagi memastikan beliau sentiasa
menang.
Beliau didakwa membuat bayaran itu bagi memalukan Hadi dan
PAS yang selama ini konsisten menafikan terdapat penyaluran dana dari
Umno kepada pemimpin parti Islam itu.
Kes melibatkan dana RM90
juta itu dilaporkan sudah selesai disiasat SPRM dan hasil siasatan kini
dalam kajian Pejabat Peguam Negara (AGC).
Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi Rameli sendiri berkaitan dakwaan sumber yang rapat dengannya itu.
Laporan tambahan oleh Shakira Buang.
'Hadi memang tak tahu bayaran penyelesaian dengan Sarawak Report'
Reviewed by editorreformis
on
April 10, 2019
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
DAP yang mengadakan mesyuarat tergempar malam tadi mengakui bahawa ketika ini wujud krisis keyakinan serius terhadap parti itu serta PH berd...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.