1.25% : Gelaklah Sepuas - Puasnya Hari Ini
Catatan : IPOH MALI
Siapa yang ikuti laporan kewangan untuk tahun ini, banyak syarikat disenarai awam, agensi hatta GLC Kerajaan termasuk Khazanah mencatatkan Prestasi kewangan yang lemah dan mengalami kerugian ..
Dalam Banyak banyak GLC dan Syarikat disenarai awam, hanya satu Syarikat perbankan yang mencatatkan Keuntungan melebihi RM 1 Billlion buat kali pertama bagi tahun kewangan 2018, malah telah mencatatkan keuntungan Paling Tinggi dalam Sejarah penubuhan, Nak tahu Syarikat apa ? iaitu BIMB ( Bank Islam )..
Tahun kewangan yang lepas Bank Islam mencatat keuntungan lebih 700 juta dan pendapatan dividen 37 sen sesaham, manakala, Tahun ini 2019 diumumkan Keuntungan RM 1.07 Billion bersamaan dividen 40 sen sesaham..
Mungkin ramai tidak mengenali siapa arkitek disebalik prestasi kewangan dan pemulihan Bank Islam.. Siapakah dia ? dia adalah Datuk Seri Zukri Samat yang hari ini dilantik sebagai CEO Tabung Haji.. Bayangkan Tabung Haji ada kepentingan dalam Bank Islam, tetapi prestasinya berbeza..
Siapa yang ikuti sejarah Bank Islam.. mungkin ramai yang pasti terkejut dengan prestasi Bank Islam, pada tahun 2005 dan 2006.. Bank Islam telah mencatatkan kerugian terkumpul lebih RM 1.8 Billion..
pada tahun 2005 sebanyak RM 500 Juta manakala pada tahun 2006 Sahaja Bank Islam kerugian RM 1.3 Billion.. Bank Islam boleh dikatakan hampir muflis atau berkubur seperti Bank Bumiputera..
Ketika itu ramai dari pendeposit.. Pelabur yang lari dari Bank Islam.. dan ketika itu lah datangnya Datuk Seri Zukri Samat memperkenalkan pelan pemulihan Bank Islam.. dia dilantik CEO Bank Islam..Ketika Itu Bank Islam dibebani dengan masalah hutang tidak berbayar NPL..
Ds Zukri ini ada pengalaman memulihkan syarikat bermasalah, kerana dia datang dari Syarikat Danaharta yang Hari ini dikenali sebagai Prokhas yang diletakkan dibawah MOF... Kejayaan Danaharta dahulu memulihkan aset dan Syarikat bermasalah mendapat pujian Bank Dunia.. dan wakil Bank Dunia sendiri tidak mempercayai model pemulihan itu diterajui oleh anak Melayu muslim..orang Malaysia..
Jadi tidak hairan lah aset aset, Dan semua instrumen kewangan Tabung Haji yang bermasalah hari ini diletakkan dibawah SPV.. sememangnya itulah Kepakaran dan latar belakang CEO Tabung Haji hari ini..malah Pengarah dan CEO dalam Prokhas itu sendiri mereka pernah bersama dalam Danaharta..
Siapa yang memahami sejarah bagaimana Bank Islam di pulihkan sehingga mencatatkan Keuntungan tertinggi dalam Sejarah Bank Islam.. mereka pasti yakin dengan prestasi kewangan Tabung Haji.. hari ini mereka boleh gelak, ketawa dan sinis bila CEO Tabung yang sama mengumumkan dividen hanya 1.25%, iaitu dividen terendah dalam Sejarah Tabung Haji..
Dan aku yakin.. Masalah Tabung Haji tidak lah sebesar Bank Islam.. Kalau lah Tabung Haji ini sebuah Syarikat disenarai awam.. dah lama aku menambah pelaburan dan Saham Tabung Haji di Bursa Saham..
dengan latar belakang CEO Tabung Haji Hari ini dan sejarahnya memulihkan Bank Islam.. Tidak mustahil suatu hari nanti, Tabung Haji pula akan mencatat keuntungan dan dividen(Hibah) Tertinggi dalam Sejarah..
Hari ini biarlah mereka gelak sepuas puasnya..
SIIRU WAALA BARKATILLAH DATUK DAN TEAMS ...
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.