https://critoxium.com/shop/

Terkini

Umno & Pas cipta Parti Pembangkang terkuat Dunia.

Oleh Zaidi Zakaria

GAH kewujudan Gagasan baru Parti Pembangkang di Malaysia, bila Umno & Pas bergabung menentang parti Pemerintah, PH.

UMNO, sejak Merdeka hinggalah Pru14, menjadi tunjang Parti Pemerintah, BN. Bayangkan, segala selok belok pemerintahan Kerajaan Malaysia ada dalam pengetahuan mereka. Semua lorong-lorong mereka tahu dan arif, termasuklah lorong2 tikus. Orang2 mereka berada di seluruh pelusuk dan penjuru pentadbiran Kerajaan.

Yang tumbang dan tersenbam dlm Pru14 lepas adalah Perdana Menteri, Menteri2, dan Timbalan Menteri, tapi 1.6 juta kakitangan Kerajaan kekal tidak berubah. Sejauh mana, atau berapa peratus dari 1.6 juta ini masih berkiblat kpd Umno atau berapa % yg menyokong parti pemerintah, PH?
Kita mula yakin, semakin ramai mereka mula selesa bekerjasama dgn pemimpin2 Negara PH, alhamdulillah.

Tapi, kita tidak alpa, Umno masih kuat dan masih ramai kuncu2nya dlm pentadbiran Kerajaan.
Umno, dari dulu modus operandinya memainkan sentimen kaum, yakni Ketuanan Melayu.

Disamping menyelit sentimen Raja2 Melayu. 2 modus operandi utama ini, Ketuanan Melayu & Raja2 Melayu, ‘sangat mudah dan sangat laku’ untuk dijual kpd kaum Melayu. Pasca Pru14, bagi menghadapi Pru15, 2 factor utama ini akan dimainkan semaksimum mungkin.

Dan tidak dinafikan, 2 elemen ini mampu mencetuskan “subconscious mind” Melayu PH bersetuju dgn mereka! Ini bahaya yg PH perlu tangani dari awal!

PAS, sejak Merdeka hingga Pru14, kerja mereka membangkang, dengan cara berdepan berlaga tanduk, @ ‘take the bull by the horns’.

Cuma, menjelang Pru14, mereka mengubah tektik dgn cara ‘Matang & Sejahtera’, yg sebenarnya ‘gatal, miang, dan mengada2’.

Apapun, PAS hakikatnya tetap dengan perangai lama bila menghadapi musuh politic mereka, “take the bull by the horns” dgn keras dan melampau. Menghukum dan malabel, seterusnya semacam “menghalal” apa jua cara ke atas golongan yg mereka hukum dan label sebagai “munafik”.

Jika Umno memaksimumkan sentimen Ketuanan Melayu dan Raja2 Melayu, PAS pula memaksimumkan sentimen2 berkaitan dgn Islam. Tabong Haji, lihatlah mereka mengeksploitasi dengan cara yg sangat tidak bertanggung jawab, tidak berlaku adil, yg penting mereka berjaya meraih mileage politic semaksimum mungkin!

Dengan Melayu-Islam mendominasi 65% penduduk Malaysia, kerjasama Pas dan Umno menjual sentimen Melayu, Raja2 Melayu dan Islam, dijangka “dengan mudah” mereka menguasai gelanggang politic Melayu.

Teorinya begitu, Umno & Pas bergabung menjadi Parti Pembangkang terkuat di Dunia.
NAMUN, sifir dan tabiat politic tidak semudah garapan di atas kertas begitu!

Dalam sejarah peperangan Islam, Allah swt telah menunjukkan beberapa peristiwa pasukan kecil mengalahkan pasukan yg besar. Pengajaran yg boleh kita ambil, pasukan kecil yg berpihak kpd kebenaran, diberi kemenangan oleh Allah swt.

Bagi Melayu-Muslim PH, perlu mereka teguhkan kekuda kedudukan mereka, jangan mudah longlai dgn modus operandi melampau sentimen Melayu, Raja2 Melayu dan Islam yg dimainkan oleh Gagasan Terkuat Dunia, Umno & Pas. Yakin dan istiqamah kita di atas jalan kebenaran, insyaAllah perjuangan kita dipermudahkan Allah swt.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.