Penjimatan kos ECRL boleh bina 2 KLCC
Pengurangan kos
Projek Rangkaian Kereta Api Pantai Timur (ECRL) cukup untuk membina
dua lagi menara berkembar Petronas KLCC, kata perunding Malaysia bagi
projek itu.
Daim Zainuddin
berkata RM21.5bilion atau 32.8 peratus daripada kos awal berjaya
dijimatkan, lapor The Star.
“Jajaran baru
sepanjang 648km, 40km lebih pendek,” katanya kepada media Malaysia
di Beijing hari ini.
Setelah rundingan
beberapa bulan, Pejabat Perdana Menteri (PMO) sebelum itu mengumumkan
ECRL diteruskan dengan kos lebih rendah.
Kata PMO kos
pembinaan bagi fasa satu dan dua ECRL dikurangkan sebanyak RM21.5
bilion menjadi RM44 bilion. Kos asal untuk projek tersebut ialah
sebanyak RM65.5 bilion.
Daim, bekas
peneraju Majlis Penasihat kerajaan ketika kerajaan baru dibentuk
selepas 9 Mei, bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut.
Katanya, Perdana
Menteri Dr Mahathir Mohamad dijadual mengadakan sidang media
berkaitan perkembangan itu pada Isnin depan.
Menurut laporan
awal, fasa 1 projek itu sepanjang 688km akan menghubungi Lembah Klang
dan Kuatan manakala fasa kedua pula dari Kuantan ke Kuala
Terengganu.
Dalam fasa ketiga
jajaran itu dipanjangkan ke Kota Baru dan Tumpat.
Projek ECRL asalnya
digerakkan Najib Razak yang ketika itu menjadi perdana menteri.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.