Prk Dun Rantau : Calon Pakatan Harapan Kalah Teruk
Oleh Mohd Sayuti Omar
Saya simpati kepada seorang penyokong PH yang mencurahkan rasa tidak puas hati dengan sikap baik kerajaan PH terhadap para penjawat awam yang jelas tidak memberi sokongan kepada mereka. Penyokong itu merujuk kepada tentera, polis dan juga pegawai lain seperti guru. Sila rujuk klik video mengenainya.
Menurutnya, berpandukan kepada dua pilihan raya kecil lalu, polis, tentera, wander penjara, telah memberi undi kepada calon BN. Katanya kenapa mereka, pegawai kerajaan berbuat begitu kerana mereka tidak dikenakan apa-apa tindakan, tidak seperti dizaman BN. Mereka tidak sedikit pun gentar dikenakan tindakan.

Zaman BN menurutnya, kerajaan memberi tekanan kepada pegawai kerajaan
dan jika ada yang menyokong pembangkang mereka ditukar ke Sabah dan
Sarawak.
Berbeza dengan kerajaan PH hari ini terlalu baik, bertimbang rasa (ada kalanya melayan musuh membuang rakan). Memang betul. Sebenarnya apa dilakukan kerajaan hari ini, itulah demokratik yang diharapkan. Itulah yang diharapkan oleh pembangkang yang kini menjadi kerajaan. Bersih 01 sampai 04 diadakan menuntut pilihan raya adil dan bersih, termasuk memberi kebebasan kepada pengundi.
Namun dalam politik, bersikap jujur, telus dan ikhlas kepada mereka yang tidak tahu menilainya tidak guna sesenpun. Mereka yang jujur dalam politik yang menghalalkan cara untuk capai matlamat tidak bijak. Malang lagi kebaikan dan ketelusan itu akan memakan diri sendiri.
Justeru kekalahan calon PH hatta tumbangnya kerajaan mereka dalam Piraum ke-15 akan datang tidak boleh disalahkan kepada BN, yang terus-terusan menyerang kerajaan PH, tetapi kena salahkan kepada kesilapan besar PH sendiri. Jika Anwar sempat menjadi pemimpin nombor satu PH, diharap beliau dapat mengambil langkah drastik menyelamatkan kerajaan PH.
Mengambil kira luahan penyokong berkenaan memberi petanda bahawa Pirake Rantau yang sudah berakhir hari ini, akan memberi jawaban meluluhkan sekejap sahaja lagi calon PH akan kalah teruk. Trims.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.