Resolusi perpaduan OIC harus disegerakan hadapi Israel
Oleh DATUK RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH
Ahli-ahli Jawatankuasa Keselamatan dari Negara Kesatuan Eropah dari Belgium, Britain, Poland, Jerman dan Peranchis telah mengeluarkan kenyataan mengutuk pengistiharaan Pegunungan Golan sebagai sebahagian dari Israel oleh Amerika Syarikat.
Parti Amanah Negara juga mengutuk sekeras kerasnya pengiktirafan Golan Heights sebagai wilayah Israel olih Amerika Syarikat. Isu ini di bantah kerana ianya bertentangan dengan segala ketetapan antarabangsa PBB , Kesatuan Eropah dan juga OIC kerana merampas wilayah sebuah negara yang berdaulat ia itu Syria melalui taklut perang.
Pengistirahan tersebut dan juga pengistirahan lebih awal Baitul Maqdis sebagai ibu negara israel oleh Amerika Syarikat- AS, telah membangkitkan kemarahan rakyat Palestin dan juga seluruh umat Islam sedunia.
Presiden Trump kelihatan membuat pengumuman tersebut menjelang pilihanraya Israel untuk membantu rakan sejawatnya Benjamin Nantanyahu.
Apabila rakyat Palestin bangkit membantah, tentera Israel telah menembak mati para demonstrasi. Terbaru beberapa rakyat Palestin telah terbunuh termasuk seorang berusia 17 tahu dan seorang lagi berusia 24 tahun.
Apa yang amat mengecewakan adalah reaksi hambar dari dua jiran besar terdekat Palestin ia itu Mesir dan Arab Saudi.
Arab Saudi yang rapat dengan AS, dan juga mulai berjinak dengan Israel, tidak lagi begitu lantang mengecam tindakan zalim keatas Palestin seperti dahulu kala.
Bangsa bangsa Bersatu- PBB, tidak mengiktiraf mana-mana kawasan yang di takluk melalui peperangan atau ketentraan seperti pegunungan Golan yang di miliki Syria. Mengapa Arab Saudi tidak lantang dalam isu ini ?
Begitu juga Baitul Maqadis yang tidak di iktiraf oleh PBB sebagai ibu Negara Israel telah di biarkan isu tersebut berlalu.
Begitu juga Negara Mesir, yang wilayah Sinai nya pernah di jajah oleh Israel melalui peperangan tetapi kerana usaha antarabangsa ianya telah berjaya mendapatkan nya kembali. Mesir begitu lemah untuk bersuara isu Palestin dan Golan.
Mesir hari ini makin bergantung kepada bantuan kewangan AS dan Arab Saudi dan dalam masa yang sama sudah berjinak dengan Israel. Lidah Mesir makin kelu berhadapan dengan AS dan Israel.
Rakyat Palestin berhak merasa dirinya di khianati oleh dua jiran terdekat Negara Islam ia itu Mesir dan Arab Saudi yang dahulu pembela tradisi nya.
AS dan Israel kelihatan telah berjaya melaksanakan konsep pecah perintah Negara Arab di Timur Tengah dengan wang dan ketenteraan nya.
Iraq telah di musnahkan dengan serangan ketenteraan, Syria sedang di hancurkan dengan puak-puak pemisah yang di taja dan Yemen yang miskin sedang mengalami kebuluran meluas melalui serangan sekutu Arab Saudi termasuk AS atas alasan ancaman persengketaan Shia-Sunni.
Negara Qatar, yang memiliki stesyen TV -Al Jazeera suara Arab-Islam antarabangsa, hari ini di pulau ekonomi nya oleh Arab Saudi dan sekutunya dengan sokongan AS.
Selagi Negara negara Arab terus mempunyai pemimpin lemah dan membenarkan diri di manipulasi dan di pengaruhi oleh AS dan juga Israel, sehingga itu lah nasib Palestin dan seluruh bumi Arab-Islam akan menjadi lemah dan terancam di jajah minda dan juga kekayaan mereka .
Sebenarnya AS dan Israel bukan lagi berpengaruh dan berkuasa di peringkat antarabangsa seperti dahulu lagi.
Hakikat sebenarnya Negara negara Arab Islam, seperti Arab Saudi, Mesir dan Syria makin lemah, kerana masalah perbalahan sesama negara Arab dan Islam di akibatkan hasutan AS dan Israel.
Tiada gunanya OIC- Organisation of Islamic Country meluluskan resolusi demi resolusi yang tidak bertaring mengutuk AS atau Israel kalau mereka senantiasa bersengketa sesama sendiri.
Amanah menggesa Resolusi yang patut di luluskan adalah untuk Negara Arab-Islam berdamai dan bersatu menghadapi musuh sebenar bersama ia-itu Amerika Syarikat dan Israel. Itulah sepatutnya menjadi prioriti negara Arab – Islam untuk membela kaum dan Agama mereka sendiri yang telah lama di pengaruhi oleh AS dan Israel.
Kita umat Islam semuanya bersaudara dan bersatu kita akan teguh menghadapi segala ancaman.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.