Teknologi 5G beri kelebihan buat Malaysia harungi Revolusi Perindustrian 4.0 - Gobind
PUTRAJAYA: Penggunaan teknologi mudah alih generasi
kelima atau 5G memberi kelebihan buat Malaysia mengharungi cabaran
Revolusi Perindustrian 4.0.
Jelas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, negara sentiasa bergerak ke hadapan seiring dengan pembangunan teknologi terbaharu sejak 23 tahun lalu sejajar dengan penubuhan Koridor Super Multimedia (MSC), di Cyberjaya.
“Kini Malaysia merupakan negara pertama di Asia dan dunia untuk melancarkan infrastruktur sambungan generasi akan datang iaitu teknologi generasi kelima atau lebih dikenali sebagai 5G.
“Selain teknologi robotik, 5G mampu meningkatkan keupayaan kita untuk
mengambil bahagian dalam Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0). Ini
akan membolehkan industri kita memanfaatkan sepenuhnya kecerdasan
tiruan, robotik, data besar, realiti maya, dan kejuruteraan perisian.
"Ia akan membawa inovasi yang akan memberi impak besar kepada hampir setiap sektor termasuk pendidikan, pengangkutan, pertanian, penjagaan kesihatan, pembuatan, hiburan dan keselamatan awam,” jelas Gobind dalam ucapannya sempena pelancaran Pameran 5G di Kompleks Perbadanan Putrajaya pada Khamis.
Mengulas mengenai harga dan perlaksanaan teknologi itu di negara ini Gobind berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diberi tanggungjawab untuk menyiapkan laporan khas berkenaan persediaan infrastruktur yang perlu dilakukan terlebih dahulu.
Malah Ujian Kepantasan akan dijalankan selama tempoh enam bulan sebelum kerajaan membuat sebarang keputusan.
Menyentuh mengenai harga yang perlu dibayar pengguna, Gobind berkata perkara itu akan hanya akan diketahui selepas kesemua perkara terbabit diselesaikan.
Bagaimanapun kerajaan sentiasa akan memastikan harga teknologi mudah alih munasabah kepada rakyat.
Pameran yang dilancarkan hari ini berlangsung selama empat hari dan dibuka kepada orang ramai untuk mengalami sendiri pengalaman teknologi terbaharu oleh syarikat telekomunikasi dan peranti digital yang mengambil bahagian.
Jelas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, negara sentiasa bergerak ke hadapan seiring dengan pembangunan teknologi terbaharu sejak 23 tahun lalu sejajar dengan penubuhan Koridor Super Multimedia (MSC), di Cyberjaya.
“Kini Malaysia merupakan negara pertama di Asia dan dunia untuk melancarkan infrastruktur sambungan generasi akan datang iaitu teknologi generasi kelima atau lebih dikenali sebagai 5G.
"Ia akan membawa inovasi yang akan memberi impak besar kepada hampir setiap sektor termasuk pendidikan, pengangkutan, pertanian, penjagaan kesihatan, pembuatan, hiburan dan keselamatan awam,” jelas Gobind dalam ucapannya sempena pelancaran Pameran 5G di Kompleks Perbadanan Putrajaya pada Khamis.
Mengulas mengenai harga dan perlaksanaan teknologi itu di negara ini Gobind berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diberi tanggungjawab untuk menyiapkan laporan khas berkenaan persediaan infrastruktur yang perlu dilakukan terlebih dahulu.
Malah Ujian Kepantasan akan dijalankan selama tempoh enam bulan sebelum kerajaan membuat sebarang keputusan.
Menyentuh mengenai harga yang perlu dibayar pengguna, Gobind berkata perkara itu akan hanya akan diketahui selepas kesemua perkara terbabit diselesaikan.
Bagaimanapun kerajaan sentiasa akan memastikan harga teknologi mudah alih munasabah kepada rakyat.
Pameran yang dilancarkan hari ini berlangsung selama empat hari dan dibuka kepada orang ramai untuk mengalami sendiri pengalaman teknologi terbaharu oleh syarikat telekomunikasi dan peranti digital yang mengambil bahagian.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.