https://critoxium.com/shop/

Terkini

TPM hargai peranan media bongkar skandal, rasuah dalam negara

CYBERJAYA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menyatakan penghargaan terhadap pengamal media di negara ini.

Jelasnya, peranan media amat penting dalam menyebarkan berita kepada masyarakat, namun setiap penulisan itu perlu memetik fakta yang betul.

“Mata pena itu lebih tajam dari mata pedang. Penting juga, apa yang kita tulis itu, mustahak.
"Saya berterima kasih kepada media kerana dengan peranan media, kita telah bongkar banyak pendedahan pasal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), iaitu skandal kewangan terbesar di dunia, serta perbelanjaan melampau kerajaan terdahulu.

“Pengamal media berisiko dikenakan tindakan gantung kerja, gantung permit dan sebagainya. Petang ini, saya nak kita jalinkan tali persaudaraan erat," katanya.

Dalam ucapannya, Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu turut mahukan media agar terus menjalinkan kerjasama dengan kerajaan baharu dalam memastikan kesefahaman yang kukuh.

Rakyat mempunyai jangkaan yang tinggi terhadap kerajaan Malaysia Baharu, katanya ketika berucap pada Majlis Minum Petang bersama media di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Henry Tan Poh Hock dan pengurusan tertinggi agensi media tempatan.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.