https://critoxium.com/shop/

Terkini

Cadang pinda perlembagaan parti, taktik Umno singkir Zahid, Najib?

KUALA LUMPUR, 21 Mei — Umno didakwa mahu meminda perlembagaan parti supaya mana-mana pemimpinnya yang didakwa di mahkamah digugurkan jawatan.

Pindaan fasal 9.9 bakal menyaksikan pengguguran Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dari jawatan presiden dan Datuk Seri Najib Razak yang mengetuai Umno Pekan, lapor Malaysiakini yang memetik sumber.

“Jawatan seseorang pemimpin parti akan gugur secara automatik apabila mereka didakwa di mahkamah,” kata sumber yang tidak dinyatakan.

Pindaan tersebut dijangka dibuat melalui mesyuarat agung luar biasa (EGM) dengan naib presiden Datuk Seri Khaled Nordin dipertanggungjawab menelitinya.

Mengikut sumber itu, setiausaha agung Barisan Nasional (BN) Tengku Adnan Tengku Mansor juga bedepan kemungkinan disingkir.

“Apa yang dibimbangkan, tindakan itu akan membawa kepada perpecahan Umno disebabkan Najib dan Zahid masing-masing mempunyai pengaruh tersendiri,” katanya.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.