Zahid wajar terus berehat demi untuk pulihkan UMNO - Penganalisis
KUALA LUMPUR: Keputusan cemerlang UMNO dalam tiga
pilihan raya kecil baru-baru ini membuktikan ahli-ahli parti itu dan
orang Melayu menerima usaha merehatkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
sebagai presiden parti.
Penganalisis politik Dr Mohammad Tawfik Yaakub berpendapat, jika Ahmad Zahid terus bercuti, atau meninggalkan parti, ia merupakan satu keputusan yang tepat untuk memulihkan UMNO bagi berdepan pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Katanya, UMNO perlu bergerak seiring dengan parti-parti politik lain yang mempunyai pemimpin yang tidak dikaitkan dengan kes-kes besar.
"UMNO juga perlu menunjukkan bahawa ia ada pemimpin yang bersih, yang boleh menerajui UMNO seperti parti-parti politik lain, kerana itu yang rakyat Malaysia mahu, itu yang orang Melayu mahu.
"Ini kerana, orang Melayu sudah bosan dengan kerosakan yang berlaku
pada negara, dengan salah guna kuasa, dengan kecurian wang negara.
"Sebaliknya, inilah yang orang Melayu mahu - seorang pemimpin yang boleh memimpin mereka, bukan setakat untuk kekenyangan ataupun kekayaan peribadi mereka sendiri.
"Masyarakat Melayu perlu pemimpin yang boleh membawa dan mengangkat mereka semula. Jadi, bagi saya, Datuk Seri Mohamad Hasan satu calon yang baik untuk mengganti Ahmad Zahid," katanya.
Mohammad Tawfik juga berpendapat, selain Ahmad Zahid, terdapat ramai lagi pemimpin lain yang perlu berehat daripada memegang sebarang jawatan dalam UMNO.
Tambahnya, mana-mana pemimpin UMNO yang berdepan dengan pelbagai isu lain juga perlu melepaskam jawatan masing-masing demi memulihkan keyakinan rakyat terhadap parti itu.
Penganalisis politik Dr Mohammad Tawfik Yaakub berpendapat, jika Ahmad Zahid terus bercuti, atau meninggalkan parti, ia merupakan satu keputusan yang tepat untuk memulihkan UMNO bagi berdepan pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Katanya, UMNO perlu bergerak seiring dengan parti-parti politik lain yang mempunyai pemimpin yang tidak dikaitkan dengan kes-kes besar.
"UMNO juga perlu menunjukkan bahawa ia ada pemimpin yang bersih, yang boleh menerajui UMNO seperti parti-parti politik lain, kerana itu yang rakyat Malaysia mahu, itu yang orang Melayu mahu.
"Sebaliknya, inilah yang orang Melayu mahu - seorang pemimpin yang boleh memimpin mereka, bukan setakat untuk kekenyangan ataupun kekayaan peribadi mereka sendiri.
"Masyarakat Melayu perlu pemimpin yang boleh membawa dan mengangkat mereka semula. Jadi, bagi saya, Datuk Seri Mohamad Hasan satu calon yang baik untuk mengganti Ahmad Zahid," katanya.
Mohammad Tawfik juga berpendapat, selain Ahmad Zahid, terdapat ramai lagi pemimpin lain yang perlu berehat daripada memegang sebarang jawatan dalam UMNO.
Tambahnya, mana-mana pemimpin UMNO yang berdepan dengan pelbagai isu lain juga perlu melepaskam jawatan masing-masing demi memulihkan keyakinan rakyat terhadap parti itu.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.