DAP hormati kedudukan Islam, ajak Dr Maza berbincang - Steven Sim
KUALA LUMPUR: DAP sentiasa menghormati kedudukan agama Islam sebagai Persekutuan dan bersedia menerima teguran.
Ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam Steven Sim Chee Keong ketika membuat kenyataan itu turut meluahkan rasa kecewa kerana parti itu sering dituduh sebagai anti Islam oleh pembangkang.
"DAP senantiasa menghormati kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan berdasarkan Perlembagaan negara, namun difitnah oleh pihak pembangkang sebagai anti-Islam, sedangkan kleptokrat dan perasuah negara pula disanjung oleh mereka.
"DAP bersedia menerima teguran dengan lapang dada, tetapi ada keperluan
untuk menolak fitnah pembangkang yang mendakwa DAP menentang syiar dan
syariat Islam," kata Sim dalam kenyataan yang dimuat naik ke akaun
Twitternya.
Sim yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan dalam pada itu memaklumkan beliau telah menghubungi Datuk Mohd Asri Zainul Abidin atau Dr MAZA berkenaan laporan media yang dikatakan memetik kenyataan Mufti Perlis itu berhubung DAP dan Islam.
Satu pertemuan akan diatur membabitkan mereka bersama Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bagi membincangkan sebarang isu dan keraguan yang timbul.
"Saya telah menghubungi Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin, dan berbicara berkenaan laporan media baru-baru ini yang kononnya memetik kenyataan beliau tentang DAP dan Islam," kata Sim.
Walau bagaimanapun, beliau dimaklumkan Mohd Asri bahawa laporan media adalah berlainan dengan apa yang diperkatakan.
Terdahulu Dr Maza dikatakan membuat kenyataan wujud persepsi kerajaan PH gagal mempertahankan Islam disebabkan pemimpin DAP yang gagal mengawal diri daripada membuat kenyataan yang menimbulkan tanggapan sebegitu.
Ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam Steven Sim Chee Keong ketika membuat kenyataan itu turut meluahkan rasa kecewa kerana parti itu sering dituduh sebagai anti Islam oleh pembangkang.
"DAP senantiasa menghormati kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan berdasarkan Perlembagaan negara, namun difitnah oleh pihak pembangkang sebagai anti-Islam, sedangkan kleptokrat dan perasuah negara pula disanjung oleh mereka.
Sim yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan dalam pada itu memaklumkan beliau telah menghubungi Datuk Mohd Asri Zainul Abidin atau Dr MAZA berkenaan laporan media yang dikatakan memetik kenyataan Mufti Perlis itu berhubung DAP dan Islam.
Satu pertemuan akan diatur membabitkan mereka bersama Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bagi membincangkan sebarang isu dan keraguan yang timbul.
"Saya telah menghubungi Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin, dan berbicara berkenaan laporan media baru-baru ini yang kononnya memetik kenyataan beliau tentang DAP dan Islam," kata Sim.
Walau bagaimanapun, beliau dimaklumkan Mohd Asri bahawa laporan media adalah berlainan dengan apa yang diperkatakan.
Terdahulu Dr Maza dikatakan membuat kenyataan wujud persepsi kerajaan PH gagal mempertahankan Islam disebabkan pemimpin DAP yang gagal mengawal diri daripada membuat kenyataan yang menimbulkan tanggapan sebegitu.
galakan kawin campur dgn Melayu tetapi mahu kekal agama asal (kafir) & anak nnt mesti ikut agama mrk.
BalasPadamtidak iktiraf bahasa Malaysia sbgai Bahasa Kebangsaan tetapi mahu iktiraf dua bahasa saja, bahasa Inggeris dengan bahasa Mandarin.
mahu Mata pelajaran Pendidikan Islam akan dimansuhkan daripada sistem pendidikan Malaysia. Belajar agama hanya di surau, masjid atau madrasah. Bukan di sekolah.
mahu mata pelajaran agama Kristian, Hindu dan Budha hendaklah dibenar diajar di sekolah sepertimana pendidikan Islam sekarang.
dap ini memang bencikan islam. Sejak tahun 1986 lagi. Tak payahlah sesiapa nak memberitahu bahawa dap tidak bencikan islam. Dan penentangan lks terhadap pembentangan RUU355 sdalah bukti paling jelas, paling mantap, paling jitu.
BalasPadamKatanya tidak bencikan islam, tapi untuk menaikkan kadar hukuman mahkamah syariah ditentang. Mahkamah syariah adalah sinonim dengan Islam di malaysia, maka menentangnya akan memberikan erti menentang Islam kerana mahkamah syariahlah nadi memutuskan soal pertikaian dan permasalahan perundangan masyarakat Islam.
Apa lagi yang dap hendak menipu rakyat Islam? Apa lagi auta lks hendak menipu rakyat umum?