Kedudukan KP Yapeim diketahui dalam sehari dua
PONTIAN, 21 Mei ― Keputusan mengenai kedudukan Ketua Pengarah Yayasan
Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) Datuk Abibullah Samsudin,
hanya akan diketahui dalam masa sehari dua ini
.
Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yapeim Prof Dr Abdul Ghafar Ismail berkata satu siaran akhbar akan dikeluarkan atau sidang akhbar mungkin akan diadakan oleh Lembaga Pemegang Amanah yayasan itu bagi memperjelaskan isu yang melibatkan pegawai kanan yayasan itu.
“Tunggu
sehari dua ini. Insya-Allah... saya tidak boleh menyatakan sehingga
siaran akhbar dilakukan atau mungkin lembaga pengarah akan memanggil
media sekali lagi untuk menjelaskan keadaan ini,” kata beliau kepada
pemberita selepas Program Inspirasi Ramadan Yapeim peringkat negeri
Johor di Masjid Jamek Haji Ahmad Shah, Kampung Rimba Terjun, dekat sini,
semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kedudukan Abibullah, sama ada masih bertugas atau tidak.
Tiga
hari lepas, Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil dilaporkan membuat
laporan polis berhubung penularan video seorang lelaki yang didakwa
kononnya Abibullah, mempengaruhi kakitangan Yapeim pada pilihan raya
umum lepas.
Ketika ditanya sama ada pihak Lembaga Pemegang Amanah Yapeim telah menetapkan tindakan tatatertib ke atas Abibullah, beliau menjelaskan beberapa tindakan telah diambil tetapi bukan tatatertib termasuk pembentukan satu jawatankuasa khas audit dalaman sejak November lepas, bagi menangani isu berkenaan, berdasarkan laporan dari PricewaterhouseCoopers (PWC).
“Kita ahli lembaga pengarah sedia maklum bahawa kakitangan Yapeim adalah berjawatan tetap jadi segala tindakan haruslah melalui saluran tertentu, proses tertentu termasuk garis panduan yang diikuti.
Dan garis panduan yang diikuti ini harus telus dan jelas supaya kita tidak membuat satu keputusan yang boleh menyebabkan seorang individu itu teraniaya atau mungkin akan disabitkan kesalahan tanpa ada apa-apa bukti,” kata Abdul Ghafar.
Terdahulu, program itu turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa. ― Bernama
.
Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yapeim Prof Dr Abdul Ghafar Ismail berkata satu siaran akhbar akan dikeluarkan atau sidang akhbar mungkin akan diadakan oleh Lembaga Pemegang Amanah yayasan itu bagi memperjelaskan isu yang melibatkan pegawai kanan yayasan itu.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kedudukan Abibullah, sama ada masih bertugas atau tidak.
Ketika ditanya sama ada pihak Lembaga Pemegang Amanah Yapeim telah menetapkan tindakan tatatertib ke atas Abibullah, beliau menjelaskan beberapa tindakan telah diambil tetapi bukan tatatertib termasuk pembentukan satu jawatankuasa khas audit dalaman sejak November lepas, bagi menangani isu berkenaan, berdasarkan laporan dari PricewaterhouseCoopers (PWC).
“Kita ahli lembaga pengarah sedia maklum bahawa kakitangan Yapeim adalah berjawatan tetap jadi segala tindakan haruslah melalui saluran tertentu, proses tertentu termasuk garis panduan yang diikuti.
Dan garis panduan yang diikuti ini harus telus dan jelas supaya kita tidak membuat satu keputusan yang boleh menyebabkan seorang individu itu teraniaya atau mungkin akan disabitkan kesalahan tanpa ada apa-apa bukti,” kata Abdul Ghafar.
Terdahulu, program itu turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa. ― Bernama
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.