Rakyat diminta salur pandangan tentang PTPTN, kata Wan Saiful
JERLUN, — Orang ramai diminta menyalurkan pandangan dan maklum
balas mengenai Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
mengikut saluran yang betul iaitu melalui Kertas Konsultasi Rakyat (KKR)
yang disediakan dalam laman web rasmi perbadanan tabung itu.
Pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan berkata tindakan memberi pandangan menggunakan media sosial tidak akan memberikan sebarang kesan positif malah merugikan diri sendiri sekali gus perbadanan tabung itu sendiri.
Menurutnya laman web yang disediakan itu akan diguna pakai sebaik mungkin dalam mengambil kira kesemua pandangan serta idea bernas yang dapat memberikan kebaikan kepada semua pihak.
“Saya minta semua dalam kumpulan WhatsApp, Twitter dan lain-lain media sosial pergi ke laman web (PTPTN) dan salurkan pandangan sama ada nak maki hamun, sumpah seranah atau cadangan.
“Sekiranya saluran di WhatsApp, kami di pihak PTPTN tak baca, bagi di Facebook pun, PTPTN tidak akan baca, jadi salurlah ke laman web rasmi kami untuk dibaca, analisa, mengkaji serta mempertimbang dan yang baik kami akan laksanakan,” katanya ketika berucap pada Program Jelajah Ramadan PTPTN Prihatin di Pusat Khidmat Parlimen Jerlun semalam.
Pada program itu, Wan Saiful juga menyampaikan sumbangan zakat PTPTN sebanyak RM202,500 untuk diagihkan kepada asnaf di seluruh negeri yang kemudian beliau turut berbuka puasa di situ.
Sementara itu, ketika bercakap pada sidang media, Wan Saiful berkata pihaknya tidak berniat untuk menghalang orang ramai memberikan pandangan dalam media sosial tetapi penggunaan KKR lebih baik agar pelbagai data dan fakta tidak disia-siakan.
“Untuk keluarkan pandangan melalui media sosial itu boleh, namun kami ada saluran rasmi untuk mereka beri komentar dan mencetuskan perdebatan dan sampai kepada PTPTN.
”Kami nak orang dengar dan bahas di peringkat akar umbi tapi mahu idea dari seluruh negara dapat dilaksanakan, jadi saya minta sangat dalam tempoh tiga minggu sehingga 13 Jun ini tolong guna sebaiknya saluran KKR tersebut,” katanya.
Beliau berkata sebagai langkah tambahan, PTPTN akan melaksanakan dialog awam atau town hall di seluruh negara bermula minggu ini bagi mendapatkan lebih banyak idea untuk membantu PTPTN dalam isu pembayaran balik pinjaman. — Bernama

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.