https://critoxium.com/shop/

Terkini

Azmin nafi terlibat skandal seks, anggap tuduhan berniat jahat

KUALA LUMPUR, 12 Jun — Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menafikan beliau adalah individu seperti di dalam video lucah yang didakwa seorang pemuda sebelum ini.

Azmin berkata, dakwaan tersebut berniat jahat selain cubaan memusnahkan kerjaya politiknya.
“Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan ini yang bersifat jahat dan kejam.

“Saya yakin siri fitnah ini adalah komplot jahat untuk mencemarkan reputasi dan keperibadian saya serta menjatuhkan saya dan memusnahkan karier politik saya.

“Saya mengutuk sekeras-kerasnya ‘gutter politics’. Sesungguhnya, ia tidak mempunyai tempat dalam era Malaysia Baharu,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Ketua Pemuda PKR Santubong Haziq Aziz hari ini mendakwa Azmin merupakan individu bersamanya dan rakaman tersebut diambil tanpa kebenaran.

Sementara itu, Azmin berkata peguamnya sudah diarahkan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang membuat tuduhan jahat terbabit.

Katanya, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan mengambil segala langkah yang perlu bagi menyiasat dakwaan itu.

“Saya akan menggunakan segala kaedah undang-undang yang sah untuk mendedahkan mereka yang turut terlibat dalam kerja jahat ini.

“Saya sama sekali tidak akan tunduk kepada tindakan-tindakan pengecut ini dan percubaan untuk mengalihkan perhatian orang ramai dari isu-isu negara yang lebih mendesak,” katanya lagi.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.