https://critoxium.com/shop/

Terkini

Bil elektrik tinggi, ST kenakan TNB penalti, kata menteri

KUALA LUMPUR,— Suruhanjaya Tenaga (ST) akan mengenakan penalti kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) selepas didapati melakukan beberapa kesalahan, kata Yeo Bee Yin.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim berkata ST sedang menyenaraikan jumlah kesalahan TNB sebelum mengumumkan penalti yang bakal dikenakan, lapor Harian Metro.

“TNB melakukan kesalahan dan apa yang berlaku sebelum ini [kenaikan bil] disebabkan masalah teknikal syarikat berkenaan.

“Mereka sudah selesaikan 50 peratus aduan sebelum hari raya, namun saya masih menunggu kemas kini keseluruhan aduan yang sudah selesai.

“Memang mereka [TNB] ada lakukan kesalahan mengikut Akta Bekalan Elektrik 1990 dan akan dikenakan penalti oleh ST.

“Ada dua pilihan sama ada dikenakan tindakan mahkamah atau penalti. Tetapi penalti lebih senang,” katanya.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif TNB sebelum ini mengakui terdapat gangguan dalam sistem mereka menyebabkan segelintir pengguna menerima bil tinggi.

Amir Hamzah Azizan berkata isu teknikal tersebut memberi kesan kepada sistem pengebilan TNB namun pelanggan sudah dimaklumkan berhubung hal itu.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.