China beri amaran terhadap gergasi teknologi selepas AS sekat Huawei
KERAJAAN China mengingatkan syarikat-syarikat ternama teknologi
minggu ini sekaligus memberi amaran berhubung kesan jika mereka menyekat
penjualan teknologi ke negara itu, lapor media Amerika Syarikat (AS)
pada hari Sabtu.
Mesyuarat itu diadakan berikutan langkah Presiden AS Donald Trump pada bulan lepas untuk menyenaraihitam syarikat gergasi Huawei kerana didakwa bimbang dengan keselamatan AS., Trump turut mengancam firma global tersebut sekaligus menegangkan lagi perang perdagangan sejak beberapa bulan lalu antara kedua-dua negara.
Awal minggu ini, kerajaan China memanggil beberapa pegawai eksekutif firma-firma teknologi Amerika, Dell, Microsoft dan Korea Selatan, Samsung. Pertemuan tersebut adalah untuk memberi amaran kepada mereka bahawa mana-mana langkah untuk mengurangkan aktiviti perniagaan mereka di China boleh menyebabkan pertentangan, lapor The New York Times.
Syarikat-syarikat Amerika itu diberitahu “bahawa langkah pentadbiran Trump untuk menyekat syarikat China dari teknologi Amerika telah mengganggu rantaian bekalan global, di samping turut menambah bahawa syarikat-syarikat yang mengikut dasar Trump itu boleh menerima akibatkan akibat yang kekal,” lapor akhbar itu.
Syarikat-syarikat yang berpangkalan di luar Amerika Syarikat diberitahu bahawa selagi mereka mengekalkan perniagaan seperti biasa, mereka tidak akan dihukum, lapor akhbar itu lagi.
Jumaat lepas, Facebook mengumumkan bahawa ia akan mengeluarkan Huwaei dari aplikasi rangkaian sosial popularnya demi mematuhi sekatan AS menyebabkan syarikat itu terus terasing sebagai pembekal telefon pintar kedua terbesar di dunia.
Google membuat pengumuman serupa pada bulan Mei lalu.
Washington dan Beijing menyambung semula perang perdagangan mereka bulan lalu apabila rundingan di AS berakhir tanpa apa-apa perjanjian perniagaan dan Presiden AS Donald Trump turut menaikkan tarif sebanyak AS$200 bilion terhadap barangan Cina.
Beijing membalas dengan menaikkan tarif berharga berbilion dolar AS terhadap barangan negara itu. – AFP,

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.