Perbezaan pandangan antara perdana menteri dan presiden PKR dalam isu
pelantikan Latheefa Koya sebagai ketua pesuruhjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) membukti demokrasi dalam Pakatan Harapan (PH).
Anggota
Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim berkata, Anwar Ibrahim bertindak
betul apabila meminta penjelasan daripada perdana menteri mengenai
pelantikan itu berdasarkan janji Manifesto PH.
Namun katanya, dari
segi undang undang keputusan Dr Mahathir Mohamad melantik Latheefa
tanpa merujuk kabinet dan parlimen adalah sah dan tidak bercanggah
dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang undang sedia ada.
"Perbezaan
pandangan dan pendekatan antara Mahathir dan Anwar dalam isu
perlantikan Latheefa Koya ini menunjukkan wujud demokrasi yang segar
dalam Pakatan Harapan.
"Tradisi demokrasi ini akan menjadi semak
dan imbang supaya perdana menteri tidak akan menjadi autokrasi dan
kabinet tidak menjadi rubber stamp atau lebih parah jika menjadi
oligarki," katanya dalam kenyataan media.
Pelantikan Latheefa sebagai ketua SPRM yang baru menerima kritikan pelbagai pihak, termasuk daripada Badan Peguam dan pemimpin dalam Pakatan Harapan (PH) sendiri.
Latheefa
sebelum ini pernah memegang jawatan dalam jawatankuasa kepimpinan pusat
PKR dan merupakan ketua biro perundangan parti itu.
Sebelum dilantik ke jawatan barunya, Latheefa merupakan pengasas dan pengarah NGO Lawyers for Liberty.
Anwar pada 7 Jun lalu membangkitkan beberapa isu, antaranya kabinet tidak dimaklumkan dan pelantikan itu tidak selari dengan janji dalam manifesto PH.
Namun Mahathir berkata keputusan tersebut adalah muktamad sepertimana beliau melantik pegawai lain.
Menurut
Hassan, pelantikan Latheefa tidak seharusnya membawa perpecahan kepada
PH, malah perdana menteri juga telah mengumumkan keputusan tersebut
adalah muktamad.
"Sama ada suka atau tidak, kita perlu terima keputusan PM itu.
"Saya
percaya teguran dan pandangan dari Anwar Ibrahim dalam isu ini akan
menyedarkan PM supaya merujuk kepada kabinet dan Majlis Kepimpinan
Tertinggi PH dalam membuat keputusan keputusan besar negara pada masa
masa akan datang," tambah beliau.
Jelasnya, kepimpinan PH perlu
merapatkan saf kepimpinan dengan mengadakan dialog dan perbincangan agar
agenda reformasi dalam institusi negara diteruskan.
"Jadikan
episod pelantikan Latheefa Koya ini sebagai satu pengajaran dan teladan.
PH perlu bergerak ke depan dengan lebih bersatu," jelasnya.
'Hentikan pestisyen desak Latheefa undur'
Sehubungan
itu Hassan meminta agar petisyen untuk menggesa Latheefa Koya
meletakkan jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) dihentikan.
"Latheefa Koya mempunyai merit untuk memikul
tanggungjawab memerangi rasuah di negara Malaysia tercinta ini selagi
beliau menjunjung amanah untuk bertindak tegas tanpa takut dan pilih
kasih.
"Sebarang kempen atau petisyen untuk memaksa Latheefa Koya meletak jawatan seeloknya dihentikan kempen dan petisyen itu.
"Beri ruang dan peluang Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru itu menjalankan tugasnya," katanya.
Petisyen anjuran Change.org itu bermula sejak 6 Jun lalu dan setakat jam 11 pagi ini lebih 5,000 telah menandatanganinya.-Mkini
MP: Perbezaan Dr M, Anwar bukti demokrasi dalam PH
Reviewed by editorreformis
on
Jun 09, 2019
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Oleh Dr. Mohd Zuhdi Marsuki Pendahuluan Cetusan ringkas saya tengah malam tadi berjaya membongkarkan segala kekeliruan dan kekaburan di da...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.