Dedah segera punca kematian Orang Asli Kuala Koh
Oleh Mohd Sayuti Omar
KEJADIAN yang menimba masyarakat Orang Asli kaum Bateq di Kuala Koh, Gua Musang yang dilaporkan telah meragut 13 nyawa perlu dipandang serius. Tidak boleh peristiwa itu dianggap perkara biasa, apa lagi cuba mengelaskan masyarakat Orang Asli itu berbeza dengan status masyarakat atau kaum lain.
Bagi mereka yang mencintai nyawa dan kehidupan, berita itu sangat mendukacita dan mengejutkan. 13 angka kematian disebab perkara sama satu kegemparan. Sehingga kini belum dipastikan apakah punca sebenar kematian itu. Dalam laporan atau termalogi diguna pakai oleh media massa ia dikaitkan dengan kejadian misteri.
Sementara pihak Jababatan Kesihatan Kelantan pula mendiifinasikan punca kematian yang diasaskan ujian klinikal itu disebabkan berlaku jangkitan kuman di saluran pernafasan, paru-paru.
Memetik kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Dr Zaini Hussin,
kematian itu berpunca daripada jangkitan kuman hasil kajian ke atas
mereka yang kini dirawat di hospital. Sehingga ini seramai 29 kes
jangkitan kuman dikenal pasti mereka terdiri daripada 19 perempuan, 10
lelaki terdiri daripada tiga bayi, 10 kanan-kanak dan 16 dewasa.
Menurut Dr Zaini mulanya mereka mendapat rawatan di Klinik Kesihatan Sungai Aring dan Klinik Kesihatan Ciku 3, kemudian ada yang dipindah ke hospital Kuala Krai.
Berhubung dengan dakwaan 13 kematian itu Dr Zaini kata ia tidak dapat disahkan kerana tidak ada rekod kematian baik di hospital atau pihak polis.
Apa yang menimbulkan persoalan, ini sangat membimbangkan, ada juga dakwaan, kejadian menimpa masyarakat Orang Alsi itu dikaitkan dengan berlaku pencemaran kepada air kegunaan mereka.
Katanya air yang ditandak dari sungai dicemari dengan aktiviti perlombongan besi yang mana kemungkinan ada elemen kimia dalam air berkenaan.
Andaian itu tidak boleh ditolak begitu sahaja. Pada tahun 2008 hingga 2010 pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) membina sistem Bekalan Air Terawat di perkampungan Orang Alsi Kuala Koh yang kemudian diserahkan kepada Jabatan Kemajuan Orang Alis (JAKOA) untuk menyelenggarakannya.
Namun pada tahun 2012 hingga 2017 kontrak penyelenggaraan itu tidak disambung kerana air sungai terusik akibat aktiviti perladangan dan perlombongan yang meluas.
Kegagalan itu menyebabkan para penduduk Orang Asli terpaksa kembali menggunakan air sungai untuk keperluan seharian mereka disamping mendapat bekalan air terawat kompleks Taman Negara di Sungai Koh.
.
Dilihat kepada keperluan pembinaan sistem bekalan air terawat itu menunjukkan masalah air di kalangan Orang Asli di kawasan itu sudah kritikal.
Justeru tahun ini (2019) sebuah NGO bersama BAKAS (KKM) mengambil inesiatif untuk membina sistam bekalan Air Terawat baru dalam tempoh terdekat.
Perkembangan dan senario ini memberi gambaran masyarakat Orang Asli itu masih belum dapat menikmati bekalan air bersih dan masih kekal menggunakan bekalan air asli, sungai yang dicemari.
Tindakan segera.
Persoalan paling penting disini, ialah seperti mana ditekannya oleh Pengerusi PH Kelantan Senator Husam Musa, agar tindakan segera menyelamatkan Orang Asli perlu disegerakan. (Kenyataan Husam dilampirkan dibawah).
Perkara paling utama sebelum apa-apa tindakan ialah, mengesahkan punca kematian ke atas 12 Orang Asli yang didakwa itu, dan 29 yang sedang dirawat. Perlu dipastikan apakah menjadi punca sebenar kematian mereka. Tidak perlu mana-mana pihak menyembunyikan fakta sebenar atas alasan untuk menjaga maruah.
Difahamkan juga, ada pihak mengaitkan kematian itu berpunca daripada penggunaan air yang tercemar, diusik oleh aktiviti perlombongan besi. Apakah air yang digunakan mereka itu mengandungi bahan kimia yang berbahaya? Air sungai dikatakan dicemari bahan beracun (kimia) apabila bahan berbahaya itu dibacuh untuk tujuan peletupan.
Untuk ini menjadi tanggungjawab Jabatan Kesihatan, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Mionrel dan Geosains bersama Polis di Raja Malaysia (PDRM) bergabung untuk melakukan penyiasatan menyeluruh. Apakah ia benar kerana berlaku jangkitan kuman seperti dimaklumkan oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Dr Zaini itu, atapun ada elemen lain yang masih belum dibongkar.
Tindakan segara yang perlu dilakukan kini juga ialah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk menangani dan menyiasat kejadian itu. Untuk ini mungkin kerajaan negeri Kelantan boleh bergabung tenaga dengan beberapa agensi kerajaan Pusat.
Tepat kata Husam (foto) masyarakat Orang Asli tidak boleh dikesampingkan dan nasib mereka perlu dipeduikan sama adil dengan kaum lain. Menurutnya sudah lama Orang Asli terpinggir dan dinafikan hak. Benar, jika situasi ini masih berlaku sedang kerajaan sudah berubah adalah sesuatu yang malang.
Kerajaan PH adalah kerajaan yang berjanji untuk memberi keadilan kepada manusia dan alam sekitar, kalau masalah-masalah seperti dihadapi masyarakat Orang Asli itu terusan berlaku, maka tidak ada erti dan gunalah kerajaan BN ditumbangkan dan diganti dengan kerajaan PH. Jangan sia-sia kuasa rakyat yang diperolehi 9 Mei tahun lalu itu.
Peritiwa atau kejadian menimpa masyarakat Orang Asli kaum Bateq di Kuala Koh suka atau tidak ia boleh menjadi setitik noda huduh buat kerajaan PH amnya dan kerajaan Kelantan khasnya, sekiranya punca kematian mereka disebabkan kelalaian dan kebejatan serta kepandiran manusia menguruskan alam dan kehidupannya, sangat mengesalkan.
Sekiranya setelah dijalan siasatan dan punca kematian itu disebabkan kerakusan manusia, maka wajar mereka diambil tindakan dan dihadap ke muka pengadilan. [wm.kl.10:55 am 09/06/19]
Kenyataan Penuh Husam berhubung kejadian di Kuala Koh.
KEMATIAN MISTERI : SEGERA SELAMATKAN ORANG ASLI KUALA KOH
Kematian misteri Orang Asli suku Bateq dari Kuala Koh, Gua Musang seperti laporan muka depan Sinar Harian hari ini, 8 Jun 2019, memerlukan perhatian segera semua pihak terbabit.
Punca kematian sebilangan penduduk bersama ancaman kesihatan yang sedang mereka alami memerlukan tindakan penyelamatan yang segera.
Jika benar punca kematian mereka adalah dari sisa buangan lombong besi yang mencemari tadahan air mereka yang sudah sedia dhaif, langkah segera membekalkan air bersih hendaklah diambil dan kesan amalan perlombongan berkenaan hendaklah disiasat dan di atasi.
Adalah satu peristiwa malang, Orang Asli yang telah sedia ketinggalan dan kesempitan dalam semua segi, disukarkan lagi kehidupan mereka sehingga mengorbankan bilangan yang besar keluarga mereka, termasuk kanak-kanak.
Lebih penting ialah, anggota masyarakat mereka yang masih hidup tidak terus menjadi mangsa dan dapat diselamatkan.
Saya selaku Pengerusi PH Negeri Kelantan akan melawat sebahagian mangsa di Hopital Kuala Krai pada petang ini.
Saya menyeru semua agensi terbabit tampil menyiasat kedudukan sebenar isu ini, mengambil langkah pro aktif menyelamatkan mangsa-mangsa dan memaklumkan kedudukan sebenar kepada keluaga dan masyarakat Orang Asli yang terlibat dan rakyat secara keseluruhannya.
YB Senator Datuk Husam Musa
4 Syawwal 1440/ 8 Jun 2019
KEJADIAN yang menimba masyarakat Orang Asli kaum Bateq di Kuala Koh, Gua Musang yang dilaporkan telah meragut 13 nyawa perlu dipandang serius. Tidak boleh peristiwa itu dianggap perkara biasa, apa lagi cuba mengelaskan masyarakat Orang Asli itu berbeza dengan status masyarakat atau kaum lain.
Bagi mereka yang mencintai nyawa dan kehidupan, berita itu sangat mendukacita dan mengejutkan. 13 angka kematian disebab perkara sama satu kegemparan. Sehingga kini belum dipastikan apakah punca sebenar kematian itu. Dalam laporan atau termalogi diguna pakai oleh media massa ia dikaitkan dengan kejadian misteri.
Sementara pihak Jababatan Kesihatan Kelantan pula mendiifinasikan punca kematian yang diasaskan ujian klinikal itu disebabkan berlaku jangkitan kuman di saluran pernafasan, paru-paru.
Pencemaran Sungai Aring gara-gara perlombongan serius. |
Menurut Dr Zaini mulanya mereka mendapat rawatan di Klinik Kesihatan Sungai Aring dan Klinik Kesihatan Ciku 3, kemudian ada yang dipindah ke hospital Kuala Krai.
Berhubung dengan dakwaan 13 kematian itu Dr Zaini kata ia tidak dapat disahkan kerana tidak ada rekod kematian baik di hospital atau pihak polis.
Apa yang menimbulkan persoalan, ini sangat membimbangkan, ada juga dakwaan, kejadian menimpa masyarakat Orang Alsi itu dikaitkan dengan berlaku pencemaran kepada air kegunaan mereka.
Katanya air yang ditandak dari sungai dicemari dengan aktiviti perlombongan besi yang mana kemungkinan ada elemen kimia dalam air berkenaan.
Andaian itu tidak boleh ditolak begitu sahaja. Pada tahun 2008 hingga 2010 pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) membina sistem Bekalan Air Terawat di perkampungan Orang Alsi Kuala Koh yang kemudian diserahkan kepada Jabatan Kemajuan Orang Alis (JAKOA) untuk menyelenggarakannya.
Namun pada tahun 2012 hingga 2017 kontrak penyelenggaraan itu tidak disambung kerana air sungai terusik akibat aktiviti perladangan dan perlombongan yang meluas.
Kegagalan itu menyebabkan para penduduk Orang Asli terpaksa kembali menggunakan air sungai untuk keperluan seharian mereka disamping mendapat bekalan air terawat kompleks Taman Negara di Sungai Koh.
.
Dilihat kepada keperluan pembinaan sistem bekalan air terawat itu menunjukkan masalah air di kalangan Orang Asli di kawasan itu sudah kritikal.
Justeru tahun ini (2019) sebuah NGO bersama BAKAS (KKM) mengambil inesiatif untuk membina sistam bekalan Air Terawat baru dalam tempoh terdekat.
Perkembangan dan senario ini memberi gambaran masyarakat Orang Asli itu masih belum dapat menikmati bekalan air bersih dan masih kekal menggunakan bekalan air asli, sungai yang dicemari.
Tindakan segera.
Persoalan paling penting disini, ialah seperti mana ditekannya oleh Pengerusi PH Kelantan Senator Husam Musa, agar tindakan segera menyelamatkan Orang Asli perlu disegerakan. (Kenyataan Husam dilampirkan dibawah).
Perkara paling utama sebelum apa-apa tindakan ialah, mengesahkan punca kematian ke atas 12 Orang Asli yang didakwa itu, dan 29 yang sedang dirawat. Perlu dipastikan apakah menjadi punca sebenar kematian mereka. Tidak perlu mana-mana pihak menyembunyikan fakta sebenar atas alasan untuk menjaga maruah.
Difahamkan juga, ada pihak mengaitkan kematian itu berpunca daripada penggunaan air yang tercemar, diusik oleh aktiviti perlombongan besi. Apakah air yang digunakan mereka itu mengandungi bahan kimia yang berbahaya? Air sungai dikatakan dicemari bahan beracun (kimia) apabila bahan berbahaya itu dibacuh untuk tujuan peletupan.
Untuk ini menjadi tanggungjawab Jabatan Kesihatan, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Mionrel dan Geosains bersama Polis di Raja Malaysia (PDRM) bergabung untuk melakukan penyiasatan menyeluruh. Apakah ia benar kerana berlaku jangkitan kuman seperti dimaklumkan oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Dr Zaini itu, atapun ada elemen lain yang masih belum dibongkar.
Tindakan segara yang perlu dilakukan kini juga ialah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk menangani dan menyiasat kejadian itu. Untuk ini mungkin kerajaan negeri Kelantan boleh bergabung tenaga dengan beberapa agensi kerajaan Pusat.
Tepat kata Husam (foto) masyarakat Orang Asli tidak boleh dikesampingkan dan nasib mereka perlu dipeduikan sama adil dengan kaum lain. Menurutnya sudah lama Orang Asli terpinggir dan dinafikan hak. Benar, jika situasi ini masih berlaku sedang kerajaan sudah berubah adalah sesuatu yang malang.
Kerajaan PH adalah kerajaan yang berjanji untuk memberi keadilan kepada manusia dan alam sekitar, kalau masalah-masalah seperti dihadapi masyarakat Orang Asli itu terusan berlaku, maka tidak ada erti dan gunalah kerajaan BN ditumbangkan dan diganti dengan kerajaan PH. Jangan sia-sia kuasa rakyat yang diperolehi 9 Mei tahun lalu itu.
Peritiwa atau kejadian menimpa masyarakat Orang Asli kaum Bateq di Kuala Koh suka atau tidak ia boleh menjadi setitik noda huduh buat kerajaan PH amnya dan kerajaan Kelantan khasnya, sekiranya punca kematian mereka disebabkan kelalaian dan kebejatan serta kepandiran manusia menguruskan alam dan kehidupannya, sangat mengesalkan.
Sekiranya setelah dijalan siasatan dan punca kematian itu disebabkan kerakusan manusia, maka wajar mereka diambil tindakan dan dihadap ke muka pengadilan. [wm.kl.10:55 am 09/06/19]
Kenyataan Penuh Husam berhubung kejadian di Kuala Koh.
KEMATIAN MISTERI : SEGERA SELAMATKAN ORANG ASLI KUALA KOH
Kematian misteri Orang Asli suku Bateq dari Kuala Koh, Gua Musang seperti laporan muka depan Sinar Harian hari ini, 8 Jun 2019, memerlukan perhatian segera semua pihak terbabit.
Punca kematian sebilangan penduduk bersama ancaman kesihatan yang sedang mereka alami memerlukan tindakan penyelamatan yang segera.
Jika benar punca kematian mereka adalah dari sisa buangan lombong besi yang mencemari tadahan air mereka yang sudah sedia dhaif, langkah segera membekalkan air bersih hendaklah diambil dan kesan amalan perlombongan berkenaan hendaklah disiasat dan di atasi.
Adalah satu peristiwa malang, Orang Asli yang telah sedia ketinggalan dan kesempitan dalam semua segi, disukarkan lagi kehidupan mereka sehingga mengorbankan bilangan yang besar keluarga mereka, termasuk kanak-kanak.
Lebih penting ialah, anggota masyarakat mereka yang masih hidup tidak terus menjadi mangsa dan dapat diselamatkan.
Saya selaku Pengerusi PH Negeri Kelantan akan melawat sebahagian mangsa di Hopital Kuala Krai pada petang ini.
Saya menyeru semua agensi terbabit tampil menyiasat kedudukan sebenar isu ini, mengambil langkah pro aktif menyelamatkan mangsa-mangsa dan memaklumkan kedudukan sebenar kepada keluaga dan masyarakat Orang Asli yang terlibat dan rakyat secara keseluruhannya.
YB Senator Datuk Husam Musa
4 Syawwal 1440/ 8 Jun 2019
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.