Hentikan Kontroversi ,Tumpu Kepada Agenda membasmi Rasuah
Oleh Faiz Fadzil
1. Perlantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM telah mengundang kontroversi kerana dianggap sebagai lantikan politik dan tidak menepati hasrat Pakatan Harapan dalam manifestonya untuk memperkasakan institusi demokrasi ini dengan meletakkan SPRM di bawah Parlimen. Sungguhpun begitu, perlantikan ini tidak harus dibiarkan terus menjadi kontroversi sehingga boleh menimbulkan polemik politik yang boleh menjejaskan kestabilan politik kerajaan Pakatan Harapan.
2. Bagi membolehkan agenda memulihkan ekonomi negara dan rakyat berjalan dengan baik, kestabilan politik amat penting. Kekalahan Parti Demokratik Jepun yang hanya mentadbir sepenggal kerana antara lain wujudnya konflik dalaman harus dijadikan pengajaran. Justeru, usaha membasmi rasuah yang sedang dilaksanakan secara serius oleh kerajaan Pakatan Harapan sekarang harus menjadi keutamaan dan kontroversi perlantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM ini pula dijadikan pengajaran reformasi tadbir urus kerajaan Pakatan Harapan.
3. Kerajaan baharu yang dipilih rakyat ini digagaskan atas perjuangan membasmi rasuah dan oleh itu seseorang dari eksternal, yang mempunyai kelayakan bidang ilmu undang-undang dan karakter yang berani dan tegas sesuai untuk dilantik. Justeru, suatu peluang harus diberikan kepada Latheefa Koya untuk menjalankan tugas ini dengan bebas, adil serta tanpa takut dan berat sebelah. Perlantikan Latheefa Koya juga menepati seksyen 5 Akta SPRM dan tiada pelanggaran undang-undang berlaku dalam perlantikan ini. Oleh demikian, semua pihak diharapkan memberikan sokongan penuh kepada kerajaan Pakatan Harapan dalam usaha membasmi rasuah di semua peringkat pentadbiran.
(Ini adalah kenyataan peribadi dan tidak mewakili Pemuda Amanah)

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.