Kerajaan siasat dakwaan orang Asli mati akibat kolam air tercemar
KUALA LUMPUR, 10 Jun — Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan
Azizah Wan Ismail berkata kerajaan memandang serius isu kematian dalam
kalangan masyarakat Orang Asli di Kuala Koh, Gua Musang, Kelantan.
Beliau berkata, dakwaan bahawa kematian melibatkan suku kaum Batek itu disebabkan pencemaran kolam sumber air akan disiasat dengan teliti.
Pihak
berkuasa, katanya, akan melihat kegiatan perlombongan dan pembalakan di
sekitar kawasan itu untuk memastikan segala prosedur berkaitan alam
sekitar dipatuhi.
“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat jika mendapati kematian disebabkan oleh pencemaran sumber air Orang Asli,” katanya dalam kenyataan semalam.
Dr
Wan Azizah seterusnya berkata kerajaan juga akan mengkaji dasar-dasar
alam sekitar berhubung aktiviti pembalakan dan perlombongan terutama
berkaitan masalah yang dihadapi Orang Asli.
“Penguatkuasaan lebih ketat dan dasar pencegahan adalah antara beberapa langkah yang akan diambil perhatian,” kata Timbalan Perdana Menteri, yang sedih mendengar mengenai kematian itu.
“Saya akan sentiasa mendoakan keluarga mangsa yang terkorban dan mereka yang sedang menjalani rawatan,” kata Dr Wan Azizah. — Bernama
Beliau berkata, dakwaan bahawa kematian melibatkan suku kaum Batek itu disebabkan pencemaran kolam sumber air akan disiasat dengan teliti.
“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat jika mendapati kematian disebabkan oleh pencemaran sumber air Orang Asli,” katanya dalam kenyataan semalam.
“Penguatkuasaan lebih ketat dan dasar pencegahan adalah antara beberapa langkah yang akan diambil perhatian,” kata Timbalan Perdana Menteri, yang sedih mendengar mengenai kematian itu.
“Saya akan sentiasa mendoakan keluarga mangsa yang terkorban dan mereka yang sedang menjalani rawatan,” kata Dr Wan Azizah. — Bernama
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.