Lelaki mengaku pelaku video seks bersama menteri
SETIAUSAHA sulit kanan seorang timbalan menteri mengaku beliaulah
lelaki yang dirakam melakukan hubungan seks bersama seorang menteri,
dalam tiga klip video yang tersebar sejak semalam.
Dalam satu pengakuan melalui video, Haziq Abdullah Abdul Aziz mendakwa video berkenaan dirakamkan di sebuah bilik hotel di Sandakan, Sabah semasa kempen pilihan raya kecil kawasan itu pada 11 Mei lalu.
“Saya Haziq Aziz. Saya dengan ini membuat pengakuan bersumpah bahawa sayalah individu bersama (menteri berkenaan) dalam video yang telah viral semalam.
“Video itu telah diambil tanpa kebenaran saya,” katanya dalam kenyataan video yang dimuat naik ke akaun Facebooknya awal pagi ini.
Beliau juga menggesa agensi anti rasuah menyiasat menteri itu yang disifatkannya “tidak layak memimpin”.
“Saya menggesa SPRM untuk menyiasat (menteri itu) atas tuduhan korupsi.
“Dia bukanlah individu yang layak menjadi seorang pemimpin,” katanya.
Rakaman kenyataan video sepanjang 35 saat itu dimuat pada 2.32 pagi tadi.
Haziq ialah setiausaha sulit kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Shamsul Iskandar juga merupakan ketua penerangan PKR dan ketua Cabang PKR Jasin. – 12 Jun, 2019.
MENYUSUL

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.