MCMC akan ambil tindakan pihak sebar kandungan lucah di internet
KUALA LUMPUR, 13 Jun — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
(MCMC) memberi amaran kepada semua pihak supaya tidak memuat naik,
menyebar ataupun berkongsi kandungan berunsur lucah di internet.
Suruhanjaya
itu dalam kenyataannya berkata perkara berkenaan selari dengan Seksyen
233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dan pihak yang didapati
melanggar undang-undang ini boleh dikenakan penjara selama setahun,
denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali.
“Pihak MCMC akan menyiasat kes-kes penyebaran kandungan berunsur jelik dan lucah serta akan menyekat laman-laman sesawang yang didapati menyebarkan kandungan berkenaan,” katanya.
Kenyataan
itu berkata, kerjasama dengan pihak pengendali platform seperti
Facebook turut diambil untuk memastikan kandungan lucah tersebut tidak
tular.
Suruhanjaya itu juga akan terus mengambil langkah-langkah sewajarnya dalam memantau penyebaran kandungan yang menyalahi peruntukan undang-undang negara.
“Pihak MCMC tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas dan membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan,” katanya. — Bernama
“Pihak MCMC akan menyiasat kes-kes penyebaran kandungan berunsur jelik dan lucah serta akan menyekat laman-laman sesawang yang didapati menyebarkan kandungan berkenaan,” katanya.
Suruhanjaya itu juga akan terus mengambil langkah-langkah sewajarnya dalam memantau penyebaran kandungan yang menyalahi peruntukan undang-undang negara.
“Pihak MCMC tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas dan membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan,” katanya. — Bernama
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.