PAS, Ezam sokong Latheefa terajui SPRM
KUALA LUMPUR, — Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan
menyokong pelantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Walaupun mendapat kritikan pelbagai pihak, Takiyuddin berpendapat Latheefa layak menerajui badan itu, lapor Utusan Online.
“PAS
yakin Latheefa adalah seorang berkelayakan dan berperwatakan sesuai
untuk menjawat jawatan tersebut, lebih-lebih lagi beliau tidak lagi
menjadi ahli mana-mana parti politik.
“PAS mengucapkan selamat menjalankan tugas dengan penuh integriti kepada beliau,” katanya.
Sementara
itu, Presiden Parti Negara Datuk Mohamad Ezam Mohd. Nor Ezam Mohd Noor
turut berpendapat Latheefa amat sesuai menerajui SPRM.
“Latheefa mempunyai rekod sebagai seorang yang teguh kepada prinsip khususnya undang-undang, tegas dan tanpa kompromi.
“Ciri-ciri ini menjadi elemen penting di dalam menerajui sebuah badan yang berdepan dengan isu rasuah yang merupakan masalah paling besar dalam negara ini,” tulisnya di Facebook.
Pada 4 Jun lalu, kerajaan mengumumkan pelantikan Latheefa sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru bagi tempoh selama dua tahun.
Walaupun mendapat kritikan pelbagai pihak, Takiyuddin berpendapat Latheefa layak menerajui badan itu, lapor Utusan Online.
“PAS mengucapkan selamat menjalankan tugas dengan penuh integriti kepada beliau,” katanya.
“Latheefa mempunyai rekod sebagai seorang yang teguh kepada prinsip khususnya undang-undang, tegas dan tanpa kompromi.
“Ciri-ciri ini menjadi elemen penting di dalam menerajui sebuah badan yang berdepan dengan isu rasuah yang merupakan masalah paling besar dalam negara ini,” tulisnya di Facebook.
Pada 4 Jun lalu, kerajaan mengumumkan pelantikan Latheefa sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru bagi tempoh selama dua tahun.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.