Mat Sabu yakin PM dengar kritikan, pantau prestasi Latheefa Koya
KUALA LUMPUR, 7 Jun — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
diyakini akan mendengar pandangan dan kritikan terhadap keputusannya
melantik Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM).
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, berkata beliau yakin Dr Mahathir akan memantau dan menilai prestasi Latheefa dari masa ke semasa dan jika pencapainya tidak memenuhi hasrat pengkritik, maka beliau percaya pelantikan berkenaan akan dinilai semula.
“Saya
berkeyakinan penuh Perdana Menteri mengambil perhatian tentang cara
pelantikan dan menjadikan kritikan serta pandangan itu sebagai satu
ujian kepada kewibawaan Latheefa untuk menjalankan tugas sebagai ketua
pesuruhjaya SPRM,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Pelantikan Latheefa adalah untuk tempoh kontrak dua tahun berkuasa kuasa 1 Jun lalu.
Latheefa,
yang memulakan tugas hari pertama, hari ini, menggantikan Datuk Seri
Mohd Shukri Abdull yang memohon memendekkan kontrak beliau lebih awal
daripada sepatutnya pada 17 Mei 2020. — Bernama
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, berkata beliau yakin Dr Mahathir akan memantau dan menilai prestasi Latheefa dari masa ke semasa dan jika pencapainya tidak memenuhi hasrat pengkritik, maka beliau percaya pelantikan berkenaan akan dinilai semula.
Pelantikan Latheefa adalah untuk tempoh kontrak dua tahun berkuasa kuasa 1 Jun lalu.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.