Latheefa Koya enggan toleransi budaya rasuah
PUTRAJAYA, 7 Jun — Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) yang baharu Latheefa Koya berkata beliau akan melihat
kepada tindakan jangka panjang termasuk dari aspek pendidikan bagi
mewujudkan satu budaya yang tidak bertolerasi kepada rasuah.
Beliau
yang memulakan tugas hari ini berkata adalah menjadi hak asas setiap
rakyat Malaysia untuk dibenarkan hidup, bekerja dan makmur dalam satu
persekitaran yang bebas rasuah.
“Dengan pertolongan Allah SWT, saya berharap untuk berjaya dalam tugas saya ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Latheefa
yang dilantik sebagai ketua pesuruhjaya SPRM untuk tempoh kontrak
selama dua tahun berkuat kuasa 1 Jun lepas, berkata terdapat banyak
pendapat yang dikeluarkan berhubung pelantikannya sehari sebelum
sambutan Aidilfitri.
“Sesiapapun berhak menyoal, mengkritik atau mengeluarkan pendapat masing-masing, ini tidak mengapa.
“Tugas saya jelas iaitu untuk membanteras rasuah di mana-mana sahaja,” katanya.
Beliau berkata dengan sokongan dan dokongan rakyat dan pegawai-pegawai di SPRM, pihaknya yakin akan dapat mengubah Malaysia kepada satu masyarakat yang alah kepada rasuah dan bebas dari rasuah.
Sebelum ini ramai pemimpin bahkan dari kalangan Pakatan Harapan (PH) sendiri berpendapat lantikan Latheefa bercanggah dengan janji-janji yang dibuat oleh PH dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). — Bernama
“Dengan pertolongan Allah SWT, saya berharap untuk berjaya dalam tugas saya ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
“Sesiapapun berhak menyoal, mengkritik atau mengeluarkan pendapat masing-masing, ini tidak mengapa.
“Tugas saya jelas iaitu untuk membanteras rasuah di mana-mana sahaja,” katanya.
Beliau berkata dengan sokongan dan dokongan rakyat dan pegawai-pegawai di SPRM, pihaknya yakin akan dapat mengubah Malaysia kepada satu masyarakat yang alah kepada rasuah dan bebas dari rasuah.
Sebelum ini ramai pemimpin bahkan dari kalangan Pakatan Harapan (PH) sendiri berpendapat lantikan Latheefa bercanggah dengan janji-janji yang dibuat oleh PH dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). — Bernama
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.