https://critoxium.com/shop/

Terkini

Peringatan pada ahli PAS, jangan sebar video hanyir

Oleh Tuan Ibrahim bin Tuan Man

PAS menggesa ahli dan kepimpinanya agar tidak terlibat dalam penyebaran video hanyir yang sedang diperkatakan umum.

Sebagai seorang Muslim sikap kita tetap konsisten dengan apa yang syarak pandu, agar tidak membuat tuduhan (qazaf) melainkan kita melihatnya.

Sehubungan dengan pengakuan individu tertentu yang membuat pengakuan, maka PAS menggesa Mahkamah Syariah Sabah perlu menghukum individu tersebut atas pengakuan beliau.

PAS menggesa agar seluruh kepimpinan dan ahli menumpukan kepada perkara yang memberi manfaat kepada ummah.

Di saat pelbagai kemelut ekonomi dan sosial yang dihadapi rakyat, PAS perlu tampil menjadi agen yang membantu bukan menghabiskan masa dan tenaga kepada perkara yang tidak bermanfaat.

Perkukuhkan jentera parti, perkasakan ukuhwah jamaah dan jaga hubungan dengan Allah, agar Allah pelihara kita daripada fitnah media sosial yang semakin tidak beradab.

Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
12 Jun 2019

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.