‘Saman saya kalau tak bersalah’, Haziq cabar Azmin Ali
KUALA LUMPUR, 23 Jun — Haziq Abdullah Abdul Aziz mencabar menteri hal
ehwal ekonomi mengambil tindakan undang-undang terhadapnya jika berasa
tidak bersalah dalam skandal video seks.
Bekas setiausaha sulit kanan timbalan menteri industri utama itu dalam wawancara bersama akhbar The Star juga mencabar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali membuat laporan polis terhadapnya.
“Beliau
sendiri perlu melakukannya. Biar seluruh bukti dan perinciannya
didedahkan,” kata ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Santubong
itu dipetik.
Haziq juga mengulangi pengakuan dua lelaki mengadakan hubungan seks dalam klip video yang tersebar 11 Jun lalu adalah dirinya dan timbalan presiden PKR.
Azmin bagaimanapun menafikan beliau dalam video tersebut dan menyifatkannya sebagai plot untuk memusnahkan karier politiknya.
Bekas setiausaha sulit kanan timbalan menteri industri utama itu dalam wawancara bersama akhbar The Star juga mencabar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali membuat laporan polis terhadapnya.
Haziq juga mengulangi pengakuan dua lelaki mengadakan hubungan seks dalam klip video yang tersebar 11 Jun lalu adalah dirinya dan timbalan presiden PKR.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.