Sisi berbeza: Raja Permaisuri Agong tunjuk teladan isteri mithali di Aidilfitri
KUALA LUMPUR: Satu sisi berbeza Raja Permaisuri Agong,
Tunku Azizah Maimunah Iskandariah diperlihatkan kepada umum tatkala
gambar yang dirakam semasa Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri kerabat
diraja Pahang itu tular di laman Facebook mendapat perhatian rakyat.
Gambar tersebut merakamkan detik-detik romantis pasangan Diraja ketika Pemaisuri Agong yang juga Tengku Ampuan Pahang melayani suaminya, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Almarhum Sultan Ahmad Shah ketika bersantap semasa sambutan hari raya yang diadakan pada Khamis, 2 Syawal yang lalu.
Detik itu sempat dirakam oleh Mahathir Ali, pegawai media kepada Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia Pahang di Istana Sultan Abdulaziz Kuantan, Pahang yang telah memuat naik foto tersebut di akaun Facebook miliknya.
Tindak tanduk Tunku Azizah dirakamkan bermula daripada baginda
mengambil hidangan di meja hidangan sehingga selesai menghidangkan
santapan tersebut kepada Seri Paduka.
Posting tersebut menjadi tular dengan begitu pantas dan kini telah mendapat lebih 4,000 tanda suka serta 1,700 perkongsian di laman Facebook.
Pelakuan pasangan diraja itu mendapat pujian serta rasa takjub dalam kalangan rakyat tatkala melihat adegan pasangan diraja yang jarang dipertontonkan kepada umum.
Walaupun Permaisuri Agong dilihat sangat sibuk membantu rakyat terutamanya apabila berlakunya bencana atau majlis-majlis kebajikan, namun baginda tidak pernah melupakan tanggungjawab sebagai seorang isteri untuk melayani suaminya.
Keluarga Diraja kesayangan rakyat itu sememangnya terkenal dengan sikap mesra dan penyayang tanpa mempedulikan status dan darjatnya sebagai Tengku Ampuan Pahang dan Raja Permaisuri Agong.
Kasih sayang baginda berdua menjadi sumber inspirasi serta tauladan yang baik untuk dicontohi oleh rakyat.
Gambar tersebut merakamkan detik-detik romantis pasangan Diraja ketika Pemaisuri Agong yang juga Tengku Ampuan Pahang melayani suaminya, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Almarhum Sultan Ahmad Shah ketika bersantap semasa sambutan hari raya yang diadakan pada Khamis, 2 Syawal yang lalu.
Detik itu sempat dirakam oleh Mahathir Ali, pegawai media kepada Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia Pahang di Istana Sultan Abdulaziz Kuantan, Pahang yang telah memuat naik foto tersebut di akaun Facebook miliknya.
Posting tersebut menjadi tular dengan begitu pantas dan kini telah mendapat lebih 4,000 tanda suka serta 1,700 perkongsian di laman Facebook.
Pelakuan pasangan diraja itu mendapat pujian serta rasa takjub dalam kalangan rakyat tatkala melihat adegan pasangan diraja yang jarang dipertontonkan kepada umum.
Walaupun Permaisuri Agong dilihat sangat sibuk membantu rakyat terutamanya apabila berlakunya bencana atau majlis-majlis kebajikan, namun baginda tidak pernah melupakan tanggungjawab sebagai seorang isteri untuk melayani suaminya.
Keluarga Diraja kesayangan rakyat itu sememangnya terkenal dengan sikap mesra dan penyayang tanpa mempedulikan status dan darjatnya sebagai Tengku Ampuan Pahang dan Raja Permaisuri Agong.
Kasih sayang baginda berdua menjadi sumber inspirasi serta tauladan yang baik untuk dicontohi oleh rakyat.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.