Skim kesihatan mySalam untuk B40 diperluas
PESAKIT daripada kumpulan B40 kini boleh mendapatkan rawatan di lima hospital universiti dan lima hospital tentera.
Skim mySalam kini akan meliputi rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Hospital Universiti Sains Malaysia, Pusat Perubatan UIAM dan Hospital UiTM di Sungai Buloh, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam kenyataan hari ini.
Lima hospital tentera pula adalah Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (Kuala Lumpur), Hospital Angkatan Tentera (Lumut), Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak (Malacca), Hospital Tenter Darat (Gemas) dan Hospital Angkatan Tentera Wilayah (Kota Kinabalu).
Pesakit dilindungi skim itu boleh mendapat rawatan di semua hospital ini sekiranya dirujuk pakar, kata Lim.
Skim mySalam diumumkan tahun lepas dengan dana permulaan sebanyak RM2 bilion daripada Great Eastern dan syarikat takaful dan insurans lain.
Di bawah mySalam, mereka yang berumur antar 18 hingga 55 tahun yang merupakan penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) layak mendapat perlindungan kesihatan untuk 36 penyakit kritikal.
Bayaran sekali sebanyak RM8,000 juga akan dibuat kepada pesakit sebaik sahaja mereka disahkan menghidap penyakit yang disenaraikan.
Skim perlindungan kesihatan untuk kumpulan B40 itu bermula 1 Januari lalu

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.