https://critoxium.com/shop/

Terkini

Pemuda PKR sedia kerjasama dengan SPRM, Latheefa

Oleh Mohd Nazree Mohd Yunus

 KEPIMPINAN Pemuda PKR mengucapkan tahniah kepada Puan Latheefa Koya serta mendukung pelantikan beliau sebagai ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang baru berkuatkuasa pada 1 Jun 2019 yang lalu.

Pelantikan beliau memberikan suatu pengiktirafan kepada kepimpinan wanita dan generasi muda untuk mendepani agenda anti rasuah di Malaysia.

Selaku kepimpinan muda dalam PKR, generasi muda sedia bekerjasama dengan pihak SPRM bagi pelan jangka pendek & panjang berkaitan pendidikan anti rasuah & integriti seperti yang telah dinyatakan hasrat oleh ketua pesuruhjaya SPRM yang baru.

Semoga dengan pelantikan ini memberikan suatu kekuatan baru kepada agenda anti rasuah ke arah membentuk Malaysia Baharu yang bebas rasuah dan mengukuhkan sistem “Good Governance” dan budaya integriti yang holistik.

Anak muda mesti mendepani agenda integriti dan “Good Governance” secara positif. –

*Mohd Nazree Mohd Yunus adalah naib ketua Pemuda PKR.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.