https://critoxium.com/shop/

Terkini

400 Hari Pakatan Jual Lebih RM20 Bilion Aset Negara - Pandangan Dari Hardcore Gamers

Oleh Mohd Mukhlis Mohd Sharif

Saya tak nak mengulas banyak-banyak tentang artikel dari "Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia" yang acah-acah neutral tapi sebenarnya petaksub parti politik. Apa-apa yang keluar dari tulisan pensyarah tersebut can be taken with a heavy dose of salt.

Macam mana saya boleh terima hujah dia sedangkan tulisan dia penuh bias. Siap boleh bagi tahniah pada parti dia sebab tak masuk dalam senarai lucuthak SPRM. Macam tengok filem Avengers baru 30 minit sudah keluar wayang dan buat kesimpulan yang Thanos menang. To add insult to the injury, boleh pula reveal kan spoiler pada orang ramai kata Thanos menang. Banyak tuduhan dari pensyarah ini hanya boleh di buktikan dengan masa.

Dalam banyak-banyak point pensyarah tersebut, dia kritik perlantikan Lau Seng Yee, dari Tencent VP Marketing dan Global Brand. Mungkin dia hendak bermain dengan sentimen perkauman dan join the bandwagon. Apa dia Tencent ni? Saya mula-mula dengar nama Tencent bila Blizzard dalam blizzcon 2018 reveal yang mereka akan keluarkan permainan video mobile "Diablo Immortal" sebagai penyambung siri Diablo 3. Saya memang main Diablo 3 dari 2012 dan berita ini sangat mengejutkan sebab video mobile "Diablo Immortal" tersebut di bina bersama oleh Tencent. Lagi satu bagi gamers, ramai yang tak suka permainan mobile sebab ada predatory lootbox ( perjudian sama macam dalam Fifa Ultimate Team) . EA 2 minggu lepas cuma menjenamakan lootbox sebagai surprise mechanic.

Berbalik pada isu Tencent, sesiapa yang ikut berita pasal gaming akan tahu tentang company Tencent terutama kalau anda bermain Fortnite. Fortnite di bina oleh Epic Games yang mana 40% dari pada sahamnya di punya oleh Tencent. Ramai yang tidak tahu industri permainan Video global bernilai USD135 billion pada tahun 2018 dan di jangka akan terus meningkat hingga USD180 billion pada tahun 2021. Orang Malaysia selalu associate gaming dengan membazir duit dan masa; tetapi itu dahulu. Dahulu industri kita banyak tertumpu pada sektor perkilangan tetapi pada masa sekarang industry revolution 4.0; Internet Of Things, cloud computing & cognitive computing, industri permainan video terus akan membesar. Jika Malaysia tidak bersedia untuk ini semua, kita akan jadi pengguna dan bukanya pencipta & pemegang IP ( interlektual property). Saya sendiri yang berkerja di dalam Industri IT terpaksa upskill diri dengan teknologi seperti cloud computing, automation, machine learning untuk stay relevent.

Bila Tun M cetuskan idea untuk bina Cyberjaya, it was way beyond anyone's mind during that time. Masalah yang kita ada sekarang ialah kita ada banyak tenaga kerja yang mahir dan separuh mahir, tetapi kita tiada IP/Pattern yang boleh kita pegang. Contoh nya trade wars antara USA dan China, Trump sebenarnya bukan nya kisah sangat dengan handphone Huawei, kenapa Xioami, Lenovo tak kena sekatan? Ianya ada pada pattern apa yang Huawei pegang. Sekarang ini teknologi 5G Huawei adalah yang paling termoden dan competing standard dari Nokia misalnya tak boleh lagi lawan dengan Huawei. Trump sedar teknologi 5G sendiri bernilai USD500 billion. USD500 billion boleh boost USA ekonomi dan mencipta pekerjaan untuk masa hadapan. Macam kalau anda tiada peluang hendak menang dalam racing F1, kereta anda model tahun 2018, sedangkan kereta lawan model teknologi 2021. Jadi cara untuk anda berpeluang menang ialah buat peraturan yang mengarut supaya anda ada peluang untuk menang. Ini yang jadi dengan kes Huawei. Trump tuduh Huawei cuba spy USA dsb dan mula impose kenaikan tarif. Yang jadi mangsa ialah pengguna terutama dari USA sendiri sebab harga-harga barang yang di import dari China akan melambung. Trump sendiri tahu ianya bukan idea yang bagus, sebab itu dia tarik balik trade wars tersebut beberapa hari yang lepas.

Untuk berjaya dalam Industri 4.0, kita kena ada evolve dari traditional industri 3.0 kepada IP & pattern. Dulu bila Proton mula-mula hendak buat kereta, kenapa kita JV dengan Mitsubishi? Sebab kita tiada kepakaran. Sama juga dengan sekarang. Adalah kita fikir kita boleh tarik penasihat dari Google atau Amazon lepas tu expect dia akan bagi pattern-pattern di guna secara percuma untuk Malaysia? No such thing as free lunch especially in corporate America. Itu sebab Tun M ambil penasihat dari Tencent. Tencent ni adalah syarikat gaming yang paling terbesar didunia. Lagi besar dari gabungan EA ( Fifa Games yang rakyat malaysia suka main) dan Activision ( Call of Duty series). Tencent ini kalau hendak dibayang besarnya ialah sama dengan Google + Facebook + Whatapps + EA + Activision + Sportify dalam satu bumbung. Kalau taraf Pensyarah Sains Politik pun tak boleh faham ( atau sengaja buat-buat tak faham supaya boleh confuse kan pentaksub ), tak ada beza lah dengan pensyarah-pensyarah kangkung pra PRU15 dahulu
.
Mungkin pensyarah sains politik tersebut boleh stick dengan hanya mengulas prestasi Kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu. Bagi nasihat profesional supaya jangan terlalu bergantung pada royalti minyak dari Federal Govt ( Yang di canang zalim) . Hutan pun jangan rakus di tebang dan berapa puluh pula GLC di Terengganu yang hendak ditutup lagi? Katanya kerajaan negeri yang penuh dengan teknokrat, tapi kalau teknokrat macam pensyarah politik pun duk sibuk memfitnah kerajaan persekutan, memanglah lingkup.

Jangan jadi macam pepatah melayu "ayam terlepas tangan bau tahi" ya Tuan Pensyarah?

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.