Ahli parlimen wajib isytihar harta, Dewan Rakyat lulus usul
KUALA LUMPUR, — Usul mewajibkan semua Anggota Parlimen
mengisytiharkan harta masing-masing diluluskan sebulat suara pada
persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong ketika menggulung usul itu berkata ia adalah usaha pertama kerajaan pimpinan Pakatan Harapan bagi memastikan prinsip akauntabiliti dan ketelusan diamal secara lebih menyeluruh selain bertujuan menangani rasuah.
“Pembanterasan
rasuah adalah paling penting bagi kerajaan Pakatan Harapan usul ini
juga menjadi langkah pertama dalam menangani isu rasuah dan
akauntabiliti.
“Langkah-langkah lain akan dilakukan pada masa (lain) sesi persidangan Dewan Rakyat,” katanya.
Menurut
Liew, usul itu akan terpakai kepada semua Anggota Parlimen dan suami
atau isteri masing-masing, anak mereka berumur 21 tahun ke bawah, dan
pemegang amanah berkaitan.
Terdahulu semasa perbahasan, usul berkenaan rata-ratanya mendapat sokongan para anggota Parlimen kerajaan.
Antara mereka ialah Cha Kee Chin (PH-Rasah), yang berkata langkah mewajibkan pengisytiharan harta tidak akan menghalang Anggota Parlimen untuk menambah harta atau menjadi kaya jika terlibat dalam perniagaan.
“Yang penting, setiap harta yang kita peroleh melalui jalan sah dan tertakluk kepada pembayaran cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri yang akhirnya kerajaan mengutip hasil daripada pendapatan kita,” katanya.
Anggota Parlimen pembangkang termasuk Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang) dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS-Kubang Kerian) yang secara umumnya bersetuju dengan usul itu mahu cadangan dilakukan dengan lebih terperinci menerusi penggubalan rang undang-undang khusus atau meminda rang undang-undang sedia ada bagi memastikan pelaksanaannya mengikut landasan undang-undang. — Bernama
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong ketika menggulung usul itu berkata ia adalah usaha pertama kerajaan pimpinan Pakatan Harapan bagi memastikan prinsip akauntabiliti dan ketelusan diamal secara lebih menyeluruh selain bertujuan menangani rasuah.
“Langkah-langkah lain akan dilakukan pada masa (lain) sesi persidangan Dewan Rakyat,” katanya.
Terdahulu semasa perbahasan, usul berkenaan rata-ratanya mendapat sokongan para anggota Parlimen kerajaan.
Antara mereka ialah Cha Kee Chin (PH-Rasah), yang berkata langkah mewajibkan pengisytiharan harta tidak akan menghalang Anggota Parlimen untuk menambah harta atau menjadi kaya jika terlibat dalam perniagaan.
“Yang penting, setiap harta yang kita peroleh melalui jalan sah dan tertakluk kepada pembayaran cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri yang akhirnya kerajaan mengutip hasil daripada pendapatan kita,” katanya.
Anggota Parlimen pembangkang termasuk Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang) dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS-Kubang Kerian) yang secara umumnya bersetuju dengan usul itu mahu cadangan dilakukan dengan lebih terperinci menerusi penggubalan rang undang-undang khusus atau meminda rang undang-undang sedia ada bagi memastikan pelaksanaannya mengikut landasan undang-undang. — Bernama
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.