Tanpa menyebut sebarang nama, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali
berkata kesetiannya ada batasan dan sedia untuk berdepan dengan pihak
"yang pernah dikenalinya".
Ucapan itu disampaikan ketika Majlis
Doa Kesyukuran untuk Mohamed Azmin Ali, di kediaman rasmi Menteri Besar
Selangor, Shah Alam, malam ini.
"Saya berjanji apa pun serangan yang dilemparkan saya tetap akan bangkit melawan. Biarkan saya sebatang kara.
"Biarkan
saya berlawan dengan manusia yang pernah saya kenali sebelum ini.
Kesetiaan kita ada batasnya," katanya kepada lebih seribu hadirin yang
menyertai program itu.
Antara
pemimpin PKR yang hadir ialah Menteri Besar Selangor Amirudin Shari;
Adun Gombak Setia Hilman Idham; Exco Pulau Pinang, Afif Bahardin; Naib
Presiden PKR Tian Chua, Exco Selangor Elizabeth Wong, Menteri Luar
Saifuddin Abdullah, Timbalan Speaker Rashid Hasnon dan Khalid Jaafar.
Selain
itu Setiausaha Politik Perdana Menteri Abu Bakar Yahya dan Khairuddin
Abu Hassan, yang dilihat sebagai penyokong setia Mahathir, turut hadir.
Menteri
hal ehwal ekonomi itu berkata beliau sedia menerima ujian yang
menurutnya bukan baru buat dirinya - sejak 1998 - walaupun berharap
perkara sama tidak lagi berulang.
"(Tetapi) kerana nafsu serakah dan kerakusan manusia sanggup membunuh karier politik seseorang.
"Saya
tak akan berganjak, walapun saya dihina dan diaibkan seberapa lama,
dengan doa dan sokongan rakyat Malaysia saya akan berdiri tegak,"
katanya.
"Dosa saya hanya satu, saya ini bukanlah boleh dicucuk hidung, bukan boleh diheret begitu saja," katanya lagi.
Pada
masa sama beliau menyuarakan rasa syukurnya apabila Ketua Polis Negara
Abdul hamid Bador mengesahkan pelaku dalam video seks itu bukanlah
dirinya.
“Malahan ketua polis negara sendiri sahkan ada tangan
ghaib yang nilainya ratusan ribu untuk menjatuhkan saya," katanya sambil
berkata beliau tahu dalang di sebalik perkara itu.
“Saya
tak terkejut sebab saya tahu siapa dalang dibelakang semua ini, nak
tahu tak? Saya tak boleh dedahkan...biarlah siasatan (polis) lengkap
dulu.
"Tetapi sejak hari pertama (video tersebar) saya sudah menjangkakan bahawa ada unsur-unsur dalaman (parti),”katanya lagi.
Bagaimanapun
ketika ditemui pemberita kemudian, Azmin bernada lebih diplomatik
apabila berkata kepada media agar tidak melaga-lagakan (provoke) antaranya dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim.
Beliau
berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Anwar di pemukiman
PKR di Port Dickson hari ini bahawa mereka berdua dalam "satu pasukan".
Bulan lalu, beberapa klip video seks diedarkan kepada ahli politik dan wartawan.
Tidak
lama kemudian, bekas ketua pemuda PKR Santubong Haziq Abdullah Abdul
Aziz mengaku dirinya dalam video itu dan mendakwa seorang lagi individu
itu ialah Azmin.
Azmin menafikan dakwaan itu dan menyifatkannya sebagai komplot jahat untuk memusnahkan kerjaya politiknya.
Setakat
ini polis telah menahan beberapa individu, termasuk Haziq dan
setiausaha politik Anwar, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, untuk
membantu siasatan kes itu.
Anwar sebelum ini berkata siasatan patut juga bertumpu kepada ketulenan video itu selain penyebarannya.
Abdul
Hamid berkata analisis oleh Cybersecurity Malaysia mendapati video itu
sebagai tulen tetapi proses pengecaman wajah adalah "negatif dan tidak
dapat mengaitkan pelaku di dalam video tersebut dengan individu yang
dimaksudkan".
Anwar semalam berkata mengalu-alukan keputusan
analisis itu dan Azmin kemudian menerusi Twitter berkata beliau
mengambil maklum kenyataan itu.
Azmin: Kesetiaan saya ada batasnya
Reviewed by editorreformis
on
Julai 22, 2019
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Oleh Wan Haron Wan Hassan, RAMAI yang melihat Pas sekarang bukan lagi Pas yang mereka kenali dulu. Pas semasa zaman Yusof Rawa, Datu...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.