Jangan berjuang untuk diri sendiri - Tun Mahathir
SERDANG: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(Bersatu) Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran kepada ahli-ahli
partinya agar tidak lari dari perjuangan untuk agama, bangsa dan
tanahair.
Dr Mahathir menegaskan ahli-ahli Bersatu perlu mengambil contoh apa yang berlaku kepada UMNO yang ditolak rakyat kerana sikap berjuang untuk diri sendiri melebihi perjuangan sebenar.
Jelas Dr Mahathir, untuk memastikan perjuangan parti lebih kukuh dan mantap, maka perlembagaan Bersatu perlu dipinda.
“Pindaan ini dibuat untuk menjayakan perjuangan parti bukan untuk
Mahathir, bukan untuk Muhyiddin, bukan untuk Mukhriz tetapi adalah untuk
bangsa kita, agama kita dan negara,” katanya ketika menyampaikan
ucaptama sempena Perhimpunan Agung Khas Bersatu di MAEPS, di sini pada
Sabtu.
Bersatu mengadakan Perhimpunan Agung Khas bagi meminda perlembagaan parti.
Antara pindaan yang dibuat ialah bagi membolehkan pemilihan parti ditangguhkan bagi tempoh 18 bulan selepas ia diluluskan.
Sebelum itu Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapannya menjelaskan pindaan yang dibentangkan oleh Timbalan Presiden parti Datuk Seri Mukhriz Mahathir adalah untuk membolehkan parti itu menjadi wadah perjuangan orang Melayu.
Muhyiddin tidak menolak pada masa hadapan perlembagaan Bersatu akan dipinda lagi bersesuaian dengan perkembangan semasa.
Dr Mahathir menegaskan ahli-ahli Bersatu perlu mengambil contoh apa yang berlaku kepada UMNO yang ditolak rakyat kerana sikap berjuang untuk diri sendiri melebihi perjuangan sebenar.
Jelas Dr Mahathir, untuk memastikan perjuangan parti lebih kukuh dan mantap, maka perlembagaan Bersatu perlu dipinda.
Bersatu mengadakan Perhimpunan Agung Khas bagi meminda perlembagaan parti.
Antara pindaan yang dibuat ialah bagi membolehkan pemilihan parti ditangguhkan bagi tempoh 18 bulan selepas ia diluluskan.
Sebelum itu Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapannya menjelaskan pindaan yang dibentangkan oleh Timbalan Presiden parti Datuk Seri Mukhriz Mahathir adalah untuk membolehkan parti itu menjadi wadah perjuangan orang Melayu.
Muhyiddin tidak menolak pada masa hadapan perlembagaan Bersatu akan dipinda lagi bersesuaian dengan perkembangan semasa.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.