Kejayaan Dr Nur Amalina inspirasi rakyat Malaysia
Oleh Ridzuan Yop
SELEPAS berjaya meraih 17A1 dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2004, nama Nur Amalina Che Bakri terus melonjak serta dikenali ramai dan kini bergelar seorang doktor dalam bidang perubatan.
Berikutan keputusan cemerlang yang diraih, beliau menjadi pelajar Melayu pertama memperoleh paling banyak A dalam peperiksaan SPM. Bukan calang-calang pelajar yang mampu berbuat demikian jika tidak ada semangat kental dan kecerdikan luar biasa serta usaha bersungguh-sungguh.
Selepas itu, kita tahu hampir separuh usianya dihabiskan menimba ilmu di United Kingdom (UK) dalam bidang perubatan.
Baru-baru ini, cerita mengenai Dr Nur Amalina, 31, kembali menarik perhatian ramai, apabila kesungguhan beliau membawa bayi berusia sembilan bulan Ainul Mardhiah menjalani pembedahan membuang tumor seberat 200 gram di bahagian mulut di Hospital Kanak-Kanak London, yang menerima penghargaan tinggi daripada rakyat negara ini.
Tanpa inisiatif beliau yang juga pelatih pakar surgikal di UK untuk merawat dan menyembuhkan penyakit dihidapi Ainul, barangkali tahap kesihatan bayi itu masih dalam situasi tidak menentu.
Selain ibu bapa Ainul, Ahmad Saifuddin Ahmad Razak, 24, dan Nurul Erwani Zaidi, 24, yang melahirkan ucapan terima kasih tidak terhingga atas bantuan beliau, rata-rata rakyat Malaysia turut memuji usaha itu kerana bukan mudah mencari sekumpulan doktor pakar terbaik untuk merawat bayi berkenaan, apatah lagi membabitkan kos perubatan tinggi di luar negara.
Instagram Dr Nur Amalina mendapat lebih 200,000 tanda suka dan lebih 12,000 komen selepas pembedahan itu selesai. Ainul bertarung nyawa kira-kira lima jam di dalam dewan bedah hospital berkenaan.
Kesungguhan dan usaha beliau itu turut mendapat pujian Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang melawat London baru-baru ini.
Hakikatnya, keputusan untuk membawa Ainul menerima rawatan di UK bermakna Dr Nur Amalina turut berhadapan risiko amat tinggi jika berlaku sesuatu yang tidak diingini terhadap bayi itu, apatah lagi di luar kawalan sepanjang perjalanan menaiki pesawat ke London.
Sudah pasti ramai yang akan mengecam kerana bagi mereka beliau membuat keputusan yang salah kerana membawa Ainul menerima rawatan dalam keadaan kesihatan yang kritikal, apatah lagi perlu mengharungi perjalanan jauh.
Buat pengetahuan semua, Dr Nur Amalina pernah dilantik selaku duta sisipan pendidikan BH, iaitu Didik, Minda serta Skor pada Mac 2005. Pelantikan selama setahun itu bertepatan dengan kejayaan cemerlang beliau yang turut menggunakan Didik, Minda dan Skor sebagai latihan ulang kaji mingguan sejak sekolah rendah.
Apapun, ketekunannya belajar dalam bidang perubatan sewajarnya memberi inspirasi dan menjadi contoh kepada generasi muda di negara ini, untuk meraih kejayaan di mana juga mereka menyambung pengajian sama ada di dalam mahupun di luar negara, dalam apa bidang sekali pun.
Walaupun Dr Nur Amalina pernah dikecam melalui media sosial berkaitan beberapa isu, termasuk penampilannya sepanjang pengajian di luar negara, situasi itu langsung tidak mematahkan semangatnya untuk terus belajar menjadi doktor pakar seterusnya menyumbang kembali kepada negara.
Saya percaya ramai anak muda negara ini sama ada yang belajar di dalam mahupun luar negara, mereka adalah rakyat Malaysia dan mereka tidak pernah lupa tanah air mereka sendiri, justeru yang pasti mereka mahu terus berbakti kepada negara.
Perkara yang mahu saya fokuskan di ruangan ini, agar negara dapat melahirkan lebih ramai cerdik pandai seperti Dr Nur Amalina dan pada masa sama mereka sedia kembali untuk menyumbang tenaga dan bakti kepada negara.
Semoga kejayaan graduan cemerlang ini menjadi pencetus semangat untuk generasi muda terus berbakti dan mengharumkan nama negara di mana juga mereka berada atas semangat kesukarelawanan yang tinggi.
Seperti kata Dr Nur Amalina dalam satu temu bual dengan BH baru-baru ini, beliau akan berusaha sebaik mungkin untuk terus membantu selagi beliau mampu.
“Tak hidup untuk dipuji, tak mati untuk dikeji. Saya hanya jujur untuk diri sendiri. Saya akan terus menjadi seperti saya selalu lakukan dan mengabaikan perkara negatif di luar sana. Kita tidak mampu memuaskan hati semua orang,” katanya.
Penulis adalah Pengarang Kandungan Bahasa Melayu Vertikal Pendidikan NSTP

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.