Pelabur perlu bijak atasi cabaran global
Oleh Tay Bee Hoong
EKONOMI dunia berada pada zaman VUCA. Ia merujuk V untuk volatility (kemeruapan), U untuk uncertainty (ketidakpastian), C untuk complexity (kerumitan) dan A untuk ambiguity (kekaburan).
Perang pelaburan antara Amerika Syarikat (AS) dan China sekali lagi membawa ancaman kepada kestabilan ekonomi dunia, apabila Presiden Donald Trumph meningkatkan cukai dagangan daripada 10 peratus kepada 25 peratus ke atas barangan import dari China yang bernilai AS$200 bilion (RM828.9 bilion) pada 10 Mei lalu.
Sementara China membalas dengan meningkatkan cukai daripada lima peratus kepada 10 hingga 25 peratus ke atas 5,000 barangan import dari AS yang nilainya mencecah AS$60 bilion (RM248 bilion) berkuat kuasa 1 Jun lalu.
Dengan pelbagai cabaran melanda pasaran kewangan global, pelabur perlu bijak melengkapkan diri agar dapat mengawal kesan risiko.
Bagaimana seseorang pelabur harus menyiapkan diri dengan menyahut cabaran pada zaman VUCA?
Walaupun mencabar, zaman VUCA sebenarnya menyediakan pelbagai peluang kepada pelabur yang bersedia dan menyiapkan diri untuk menyahut cabaran itu.
Contohnya, walaupun kemeruapan pasaran amat membimbangkan, ia menyajikan peluang pelaburan untuk pelabur jangka pendek, khususnya di pasaran pertukaran asing. Justeru, pada zaman VUCA memerlukan pelabur untuk memikir semula strategi jangka panjang mereka.
Antara lain, pelabur boleh menggunakan strategi kepelbagaian dalam pengurusan portfolio pelaburan. Strategi kepelbagaian boleh dilakukan pada peringkat negara, sektor mahupun aset individu. Mempelbagaikan portfolio pelaburan ke negara berlainan boleh mengelakkan risiko kerugian akibat ketidakstabilan sesuatu negara.
Selain itu, pelabur boleh mengalihkan dana ke sektor berlainan untuk melindungi portfolio mereka daripada mengalami rugi teruk akibat ancaman terhadap sesuatu sektor.
Dengan mempelbagaikan pelaburan ke sektor berlainan, kerugian ditanggung di sesuatu sektor dengan keuntungan di sektor lain dapat diimbangi.
Di samping itu, pelaburan juga perlu membabitkan aset berlainan dan pelbagai. Saham, bon, saham bersama adalah antara aset yang mempunyai ciri-ciri berbeza yang boleh dipertimbangkan pelabur.
Kepada pelabur sedia ada, pengimbangan semula kepada portfolio perlu dilakukan dalam keadaan VUCA. Ia untuk memastikan struktur kombinasi portfolio dapat mengatasi kemeruapan pasaran dan ekonomi.
Walaupun sesetengah pelabur mengimbangi portfolio pada masa ditetapkan seperti setiap suku tahun, separuh tahun atau setiap tahun, pengimbangan semula portfolio sebenarnya perlu dilakukan lebih kerap atau mendesak sekiranya didapati nilai aset pegangan dalam portfolio itu terjejas secara negatif dalam situasi ketidakstabilan.
Selain itu, pelabur perlu mengenal pasti pilihan sedia ada untuk mereka.
Terpulang kepada objektif pelaburan masing-masing, seseorang pelabur mungkin adalah penanggung risiko atau pelabur yang menolak risiko.
Walau apa keadaan pasaran atau sifat seseorang pelabur, pelbagai pilihan sedia ada boleh membantu mereka untuk mencapai objektif pelaburan.
Pelaburan di pasaran saham atau pasaran pertukaran asing adalah berisiko tinggi, namun pulangannya juga tinggi.
Dalam keadaan ketidakpastian pasaran, seseorang pelabur boleh mengalihkan dana mereka kepada pelaburan yang lebih stabil seperti simpanan tetap, saham amanah, bon, instrumen pasaran wang, dana bersama, pelaburan logam berharga seperti emas, perak, platinum dan sebagainya.
Dengan mempelbagaikan pelaburan ke aset berlainan dan mengimbangi portfolio pelaburan berdasarkan ancaman kepada ekonomi dan pasaran kewangan, diharapkan seseorang pelabur dapat menjana keuntungan atau tidak menghadapi kerugian yang besar.
Pelabur digalakkan membina portfolio terdiri daripada pelbagai jenis pelaburan dan memperuntukkan peratusan dana antara pelaburan yang mempunyai tahap risiko berlainan, berdasarkan analisis yang cermat.
Pelabur yang mempunyai tahap selera risiko lebih tinggi boleh memperuntukkan peratusan dana yang lebih kepada segmen itu, manakala pelabur yang mempunyai tahap selera risiko yang lebih rendah harus memperuntukkan lebih dana kepada pilihan pelaburan itu dalam portfolio mereka.
Penulis adalah Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Johor

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.