KPM kecewa penganjur pertandingan tarian salah guna logo, langgar syarat umur, kod pakaian
PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) kecewa dengan penganjur
sebuah pertandingan tarian kanak-kanak melanggar syarat perjanjian
penganjuran yang turut disertai peserta dewasa tidak mematuhi garis
panduan pakaian ditetapkan kementerian itu.
Isu itu timbul selepas gambar peserta dewasa berdiri di depan satu kain rentang berlogo Kementerian Pendidikan yang mengundang kritikan di media sosial.
Kementerian Pendidikan dalam kenyataan hari ini berkata, persetujuan dengan Persatuan Tarian Malaysia Bersatu (Muda) hanya membabitkan penggunaan logo kementerian itu untuk kategori kanak-kanak.
“Penggunaan logo KPM pada sijil bagi kategori-kategori lain tidak mendapat kebenaran KPM. Begitu juga dengan penggunaan logo KPM pada kain rentang dan tirai latar (backdrop) semasa pertandingan.”
Katanya, persatuan itu sudah memohon maaf kepada KPM atas kecuaian itu.
KPM berkata, ia tidak akan terbabit lagi dalam sebarang program anjuran Muda dan persatuan itu sepatutnya membatalkan penyertaan peserta yang tidak mematuhi garis panduan pakaian.
Muda ialah badan sukan berdaftar di bawah Pesuruhjaya Sukan Malaysia dan mempromosikan sukan tarian di peringkat kebangsaan sejak 2005.
Awal bulan lalu, Persekutuan Sukan Tarian Malaysia (MYDF) dilaporkan berkata, ia menerima akreditasi daripada KPM untuk mempromosikan tarian di sekolah seluruh negara dan pelajar boleh mendapatkan mata bagi aktiviti kokurikulum mereka dengan menyertai pertandingan tarian.
Katanya, ia akan melaksanakan kod berpakaian ketat bagi peserta wanita khasnya bagi kategori perseorangan wanita dan “All Girls” dalam semua pertandingan diluluskan MYDF.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.