Masih bincang, gabungan PAS, Umno belum ada nama
KOTA BARU— Nama khusus bagi gabungan Umno dan PAS masih di
peringkat perbincangan, kata Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid
Hamidi.
Beliau berkata perkara itu akan diputuskan dalam mesyuarat dan akan diumumkan secara rasmi apabila tiba masanya.
“Kita harus bawa ke peringkat yang tertentu untuk kita muktamadkan (nama gabungan).
“Biar ada majlis secara rasmi untuk umumkannya,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri besar Kelantan yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan di JKR10 di sini, hari ini.
Semalam,
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata
satu nama baharu yang merujuk kepada penyatuan PAS dan Umno bakal
mewarnai persada politik negara tidak lama lagi.
Ditanya
mengenai agihan kerusi antara kedua-dua parti, Ahmad Zahid berkata ia
masih terlalu awal untuk dibincangkan sehinggalah piagam antara
kedua-dua parti ditandangani.
“Terlalu awal (untuk bincang soal kerusi) kerana di peringkat 'taawun siyasi' (bertolong-tolong dalam perkara politik), ia adalah merupakan satu kerjasama dan ia telah dipahat dalam piagam yang akan kita tandatangani bersama,” katanya. — Bernama
Beliau berkata perkara itu akan diputuskan dalam mesyuarat dan akan diumumkan secara rasmi apabila tiba masanya.
“Biar ada majlis secara rasmi untuk umumkannya,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri besar Kelantan yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan di JKR10 di sini, hari ini.
“Terlalu awal (untuk bincang soal kerusi) kerana di peringkat 'taawun siyasi' (bertolong-tolong dalam perkara politik), ia adalah merupakan satu kerjasama dan ia telah dipahat dalam piagam yang akan kita tandatangani bersama,” katanya. — Bernama
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.