Peguam sahkan Sultan Kelantan bercerai talak tiga
KUALA LUMPUR, — Peguam Sultan Kelantan mengesahkan Sultan Muhammad V bercerai dengan Rihana Oxana Gorbatenko.
Eversheds Harry Elias dalam satu kenyataan semalam berkata baginda sah bercerai dengan bekas ratu cantik Rusia pada bulan lepas.
“Dimaklumkan baginda bercerai talak tiga dengan Rihana pada 22 Jun 2019 menurut undang-udang Syariah.
“Mahkamah Syariah Kelantan sudah mengeluarkan sijil cerai pada 1 Julai 2019 mengikut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2002.
“Bagi pihak tuanku, kami meminta ruang privasi baginda dihormati,” katanya.
Baginda dan Rihana dilapor diijabkabul dalam satu majlis perkahwinan di Moscow pada November lepas.
Rihana melalui coretan Instagram mendakwa melahirkan putera baginda Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra pada 21 Mei lalu.
Eversheds Harry Elias dalam satu kenyataan semalam berkata baginda sah bercerai dengan bekas ratu cantik Rusia pada bulan lepas.
“Mahkamah Syariah Kelantan sudah mengeluarkan sijil cerai pada 1 Julai 2019 mengikut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2002.
Rihana melalui coretan Instagram mendakwa melahirkan putera baginda Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra pada 21 Mei lalu.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.