RUU mansuh hukuman mati dibentang pada Oktober - Liew Vui Keong
SANDAKAN: Rang undang-undang bagi meminda hukuman mati
mandatori dijangka dibentang pada Oktober depan di Dewan Rakyat selepas
kerajaan memutuskan hukuman penjara setimpal bagi menggantikan hukuman
maksimum itu yang diperuntukkan bagi 11 kesalahan berat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata untuk itu, satu pasukan petugas akan ditubuhkan bagi mengkaji hukuman pemenjaraan terhadap kesalahan berat berkenaan.
"Ini akan melibatkan peralihan besar dalam dasar hukuman, oleh itu kerajaan memerlukan masa untuk mengkaji dan membuat keputusan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Liew juga berkata pasukan petugas itu akan turut mengkaji semula
hukuman penjara seumur hidup sama ada tempoh pemenjaraan dikurangkan
antara 10-30 tahun bagi 11 kesalahan berat berkenaan.
Ketika ini, undang-undang memperuntukkan hukuman mati mandatori terhadap kesalahan di bawah Kanun Keseksaan seperti bunuh, rompakan bersenjata dan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, dan juga kesalahan di bawah Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.
Dalam perkembangan lain, Liew berkata, pada Selasa (16 Julai), kerajaan akan membentangkan rang undang-undang untuk meminda Perlembagaan bagi membolehkan rakyat berumur 18 tahun didaftarkan sebagai pengundi secara automatik.
Beliau berkata apabila pindaan itu diluluskan, kira-kira 3.8 juta pengundi baharu termasuk rakyat berumur 18 tahun dijangka mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15.
Selain itu, beliau berkata, pada Rabu kerajaan akan membentangkan rang undang-undang bagi menambah 13 kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah yang baharu kepada 60 kerusi sedia ada, .
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata untuk itu, satu pasukan petugas akan ditubuhkan bagi mengkaji hukuman pemenjaraan terhadap kesalahan berat berkenaan.
"Ini akan melibatkan peralihan besar dalam dasar hukuman, oleh itu kerajaan memerlukan masa untuk mengkaji dan membuat keputusan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Ketika ini, undang-undang memperuntukkan hukuman mati mandatori terhadap kesalahan di bawah Kanun Keseksaan seperti bunuh, rompakan bersenjata dan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, dan juga kesalahan di bawah Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.
Dalam perkembangan lain, Liew berkata, pada Selasa (16 Julai), kerajaan akan membentangkan rang undang-undang untuk meminda Perlembagaan bagi membolehkan rakyat berumur 18 tahun didaftarkan sebagai pengundi secara automatik.
Beliau berkata apabila pindaan itu diluluskan, kira-kira 3.8 juta pengundi baharu termasuk rakyat berumur 18 tahun dijangka mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15.
Selain itu, beliau berkata, pada Rabu kerajaan akan membentangkan rang undang-undang bagi menambah 13 kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah yang baharu kepada 60 kerusi sedia ada, .
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.