Saifuddin: Suarakan masalah parti dalam pemukiman, bukan guna media
PUTRAJAYA, 20 Julai — Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR)
Zuraida Kamaruddin disaran menggunakan platform pemukiman PKR yang
bermula malam tadi sehingga Ahad di Port Dickson untuk memberi apa-apa
pandangan tentang permasalahan parti.
Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang menyarankan perkara itu berkata Zuraida yang merupakan pemimpin kanan parti dan menjadi peserta sesi pemukiman, harus mengemukakan hujah-hujahnya, jika dia merasakan ada keretakan dalam parti.
“Itu lebih baik daripada membuat kenyataan (media) setiap
hari dan tidak membantu keadaan,” katanya kepada pemberita selepas
melancarkan Program Food Bank Malaysia @ Pasar Tani di pasar tani
Putrajaya di sini semalam.
Saifuddin Nasution berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Zuraida sebelum ini yang mendakwa wujud perpecahan dalam PKR sejak penyebaran satu video seks yang dikaitkan dengan seorang menteri. — Bernama
Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang menyarankan perkara itu berkata Zuraida yang merupakan pemimpin kanan parti dan menjadi peserta sesi pemukiman, harus mengemukakan hujah-hujahnya, jika dia merasakan ada keretakan dalam parti.
Saifuddin Nasution berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Zuraida sebelum ini yang mendakwa wujud perpecahan dalam PKR sejak penyebaran satu video seks yang dikaitkan dengan seorang menteri. — Bernama
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.